Kredit foto: Kosmo! Online/IG
"Bapak saya meninggal semalam, faham tak."
Semakin kacau jiwa Azza Elite yang baru kehilangan bapa apabila terpaksa 'menghadap' sumpahan pengacara Azwan Ali yang berang tempahan sejadahnya lewat disiapkan.
Difahamkan, menerusi tangkap layar dakwaan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu, dia menempah sejadah daripada Azza sejak seminggu lalu.
"Kau sibuk menjahit sejadah ke? Inilah masalah orang Melayu.
"Duit aku berkepuk-kepuklah, sah-sah aku mampu bayar! Tak hadap percuma pun!" marahnya yang menuduh Azza berjanji macam-macam.
Kredit foto: IG
Menerusi perkongsiannya itu, Azza meminta Diva AA memahami kemelut sedang dihadapinya untuk menguruskan pelbagai perkara ekoran kematian bapa tercinta.
"Sampai hati dia tulis macam ni! Jangan sesuka hati maki!
"Niat tu baik nak beli sejadah, aku bersyukur. Tapi, dalam masa sama fikir juga keadaan orang lain.
"Jangan lupa, kematian tu dekat sangat dengan kita. Ingat Allah SWT. bang sebelum nak cakap apa-apa," ujarnya terkilan.
Kredit foto: IG
Mungkin fikiran terlalu berkecamuk, Azza nekad melawan Diva AA yang baginya terlalu melampau dalam berkata-kata. - CARI |