CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4467|Reply: 37

Lelaki Cium Dengan Lelaki, Budak-Budak Tengok Video Lucah Dalam Surau

[Copy link]
Post time 2-8-2022 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Ledakan teknologi maklumat di samping kewujudan pelbagai aplikasi media sosial telah membentuk generasi kini menjadi lebih moden, berfikiran terbuka serta di luar jangkauan.


Ditambah pula, setiap maklumat dan informasi dapat diakses hanya dengan menggunakan telefon pintar.


Malah kanak-kanak seawal usia setahun juga sudah memiliki gajet sendiri yang membolehkan mereka menonton apa sahaja isi kandungan di media sosial tanpa batasan jika tiada kawalan ketat dari ibu bapa.


Gambar Hiasan




Perkembangan yang pantas itu menyebabkan pelbagai laporan berkaitan seksual dan pornografi dalam kalangan kanak-kanak heboh diperkatakan sehingga menggerunkan golongan dewasa.


Seperti yang dinyatakan Haikal Zulkefli, dia terkejut apabila mengetahui kanak-kanak berusia sekitar lima hingga tujuh tahun sudah mahir berbicara perkataan lucah.


Malah mereka turut melakukan aksi tidak senonoh yang ‘dipelajari’ melalui tontonan video di telefon.


Bercerita lanjut mengenainya, ujar Haikal, kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu ketika dia mengunjungi sebuah surau untuk solat Maghrib.





Lelaki Cium Dengan Lelaki, Budak-Budak Tengok Video Lucah Dalam Surau






“Masa nak masuk surau, nampaklah ada sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun sedang berkumpul.


“Disebabkan nak cepat, saya masuk tanpa hiraukan mereka,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.


Bagaimanapun, seusai solat dan ketika bergerak menuju ke kereta, dia masih melihat kanak-kanak tersebut berkumpul.


Mengakui rasa tidak sedap hati melihat perlakuan kumpulan berkenaan, dia terus bergerak menuju ke arah mereka kerana ingin mengetahui apa yang sedang dilakukan.


“Saya cuba menyorok di sebalik tembok surau sebab nak tengok apa yang mereka buat tanpa disedari. Biasa kalau budak-budak tengah happy ni, sama ada main ML (mobile legend) atau tengok video.


“Tapi kali ni terkejut bercampur sedih sebab bila dah dekat dengan mereka, tak lekang dari mulut masing-masing perkataan lucah yang saya sendiri pun tak tergamak nak sebut.


“Paling tergamam, mereka buat aksi based on benda yang ditengok,” luahnya lagi.












Menurut Haikal, kanak-kanak berkenaan bukanlah menonton video lucah sebaliknya melihat movie BL atau ‘boy’s love’.


Katanya, ia diketahui selepas mendengar salah seorang budak menyebut perkataan BL semasa bersembang.


“Kebetulan adegan yang sempat saya tengok tu adalah adegan lelaki sesama lelaki berciuman,” jelasnya.


Enggan terus membiarkan perbuatan kanak-kanak terbabit, dia memunculkan diri dan meminta mereka menutup 'movie' berkenaan sebelum telefon dirampas dan diberikan kepada ibu bapa.


“Saya pun sebab tak tahan terus munculkan diri dan minta mereka tutup movie sebelum saya sendiri ambil dan bawakan pada ibu bapa. Mereka memang takut dan lesap sekelip mata,” luahnya lagi.


Mengulas tentang situasi tersebut, Haikal berkata ia berpunca daripada sikap masyarakat yang menormalisasikan soft porn.


Tambahnya, susulan itu, tanpa disedari ia telah menghancurkan generasi masa kini umpama parasit.


“Sedang kita menghambakan diri kepada Allah, anak-anak kita sedang diperhambakan oleh gaget yang membawa kerosakan.


“Saya juga kongsikan tangkap layar bagaimana anak-anak kita di TikTok. Mereka hilang rasa malu dan paling menarik bila mak ayah pun sokong untuk menonton filem berunsur LGBT.


“Saya juga punya anak. Saya tidak akan menghakimi apa yang terjadi kepada kanak-kanak tersebut. Saya hanya mampu mendoakan serta menegur semampu saya,” ujarnya.


Dalam pada itu, dia turut menerangkan bahawa BL adalah sebuah terma yang digunakan oleh anime atau manga untuk mempromosikan cerita berunsur percintaan sejenis (lelaki) yang rata-ratanya mendapat tempat di hati orang-orang muda.


Perkongsiannya itu tular di beberapa platform media sosial selain dikongsikan lebih 4,300 pelayar Facebook.


Rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang dan takut dengan situasi yang diceritakan Haikal kerana melibatkan kanak-kanak yang belum mencecah usia 10 tahun.


Terdapat juga netizen yang berkongsi perkara sama yang dilakukan kanak-kanak.


“Baru-baru ni lepas rehat ada dua orang budak lelaki makan biskut siap bersuap sambil disorak kawan depan... acah-acah sweet senyum simpul. Saya sergah ‘awak tak ada tangan ke nak bersuap-suap ni’. Semua aduan atau apa yang kita nampak kena take action sebab macam-macam dah sekarang baru sekolah rendah dan masing-masing bebas dengan telefon.


“Sekarang zaman betul-betul dah tiada sempadan, hujung jari boleh dapat tengok semua. Rajin-rajin pantau telefon anak dan jangan kita leka membiarkan anak dengan telefon masing-masing.


“Begitulah bila anak-anak ada gajet masing-masing termasuklah anak saya darjah 2, bila tengok TikTok terikut sebut f***. Saya dengar terus mulut dia kena sepit ketam dan sebagai ibu saya terangkan kenapa tak boleh,” ujar beberapa netizen. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 03:45 PM | Show all posts
ko ni dekkk. xtakut kena sambar petir ke dlm surau nengoknya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Advance bdk jaman skrg. Aku dulu pegi surau sb nak berenang dlm kolam surau je dik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau internet xde sempadan lg kau hadap ipad or phone kat kanak2..
Lepas tu salahkan org lain..
Use parental lock or monitor history browser anak2..
Laki sendiri beriya pantau siap nak hack..
Tapi anak kau biar je..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:14 PM | Show all posts
Dah berikan pada anak2 pandai2lah letak parental guide buat je sekatan pada apa2 tak perlu untuk budak2.  Kalau tak reti pun boleh mintak tolong dengan staff kedai telephone tolong buatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:23 PM | Show all posts
Melambak drama BL kat apps mcm iQiyi , Viu , WeTV..
kalau tengok ranking, confirm antara top 10 hottest drama ..
memang tinggi sambutan drama BL ni
dahla easy access kan.. bukan ada parental control setting rasanya untuk apps ni
jadi pandai-pandai lah monitor anak-anak tengok apa kat history tu ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BartholomewKuma at 2-8-2022 04:26 PM

Mak pak hat jenih suap anak2 dengan henpon dok harap dok pikiaq dok ingat depa dok tengok tiktok gem hat budak2 roblok mobail lejen pa bala tadah tu suma berhati2 la na. Dok tak lama esok anak hampa umoq 9 - 10 teun pakat garau sora depa.

La pun aku dok sedaq banyak dah. Hat jenih mak pak dok huloq telepon kot anak2 siap ada bilik sendiri bila kita dok tanya depa, sora sekoq2 serupa dah cukop umoq na. Walhal baru derjah berapa masin2.

Dalam kepala kata depa dok tenang benda tak elok la  ni smpai tak dak sempadan. Bila ditanya mak pak, awat awai sangat anak2 hampa pecah sora? Pakat2 habaq kata dah baka baliaq awai nak buat lagu mana. Serupa aku ni bodo baru kelmarin kenai dunia ni nak menipu pon
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Generasi sebegini la cikgu2 kena hadap. Ni baru 5-7 tahun. Belum 15-17 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 04:27 PM | Show all posts
dulu-dulu pun aku rasa ada je drama luar negara adegan comolot sesama jantina ni.  yg plg aku ingat la, drama jepun Hana Kimi yang hero dia kalau minum alkohol skit je jadi mabuk teruk habeh suma orang laki pompuan anjing pun diciumnye. dlm komik2 jepun zaman dulu yang kecik tebal harga rm7.90 satu tu pun byk gak.  citer sailormoon tu ade adegan kiss sesama sailor tak ingat sailor mana. tapi weols survive jah bile besar takde pun jadi gay.  tp ni zaman aku lah... zaman skrang mungkin lain kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-8-2022 04:24 PM
Generasi sebegini la cikgu2 kena hadap. Ni baru 5-7 tahun. Belum 15-17 tahun.

Hang bidaih ja belakang depa dengan kayu sodok sampah bilik derjah. Mujoq la anak2 aku besaq2 belaka dah tak dak dok hadap zaman lucah merata2 supa hari ni. Depa membesaq zaman dany phantom fairy od perent eltigre catdog spanbob blues clues bodo dora explorer apa hat pentin kija sama wonderpet baru dok tayang kot tibi sembilan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 2-8-2022 04:27 PM
dulu-dulu pun aku rasa ada je drama luar negara adegan comolot sesama jantina ni.  yg plg aku ingat  ...

Sailor saturn dengan sailor uranus sister. Theols lesbian in love sis. Kohkohkoh mohtip akak tahu sister?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 2-8-2022 04:27 PM
dulu-dulu pun aku rasa ada je drama luar negara adegan comolot sesama jantina ni.  yg plg aku ingat  ...

Eh silap bukan sailor saturn tapi sailor neptune sister.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:38 PM | Show all posts
Buzz Lightyear tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:49 PM | Show all posts
"Menurut Haikal, kanak-kanak berkenaan bukanlah menonton video lucah sebaliknya melihat movie BL atau ‘boy’s love’."

So kalau adengan lelaki cium lelaki tak kira sebagai lucah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:54 PM | Show all posts
pooh~key replied at 2-8-2022 04:37 PM
Eh silap bukan sailor saturn tapi sailor neptune sister.

hahahaha pastu yg aku ingat chibi usagi anak sailormoon dgn tuksedo bertopeng tu dia ni balik ke zaman silam masa makpak dia belum kawen, bleh plak dia jatuh cinta ngan bapak die yg masih bujang lg masa tu.  pastu bile dah besar chibi usagi tu jadi jahat, dia tangkap mak die pastu die pukau bapak die, ade adegan kissing dia ngan bapak sendiri. aku macam wow. tak ingat sgt dah jln citer die camne.  pastu kucing luna bercinta ngan manusia.  omg bila fikir balik nasib baiklah aku tak terpesong jauh bila dah besar ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 2-8-2022 04:27 PM
dulu-dulu pun aku rasa ada je drama luar negara adegan comolot sesama jantina ni.  yg plg aku ingat  ...

HanaZAKARino kimitachi e tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sailor Ur Anus tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 06:17 PM | Show all posts
reporter_kalut replied at 2-8-2022 03:47 PM
Advance bdk jaman skrg. Aku dulu pegi surau sb nak berenang dlm kolam surau je dik..

Aiol dlu ikut gi Surau/Masjid sbb makpak bawak haha.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 06:19 PM | Show all posts
bored_atticus replied at 2-8-2022 04:23 PM
Melambak drama BL kat apps mcm iQiyi , Viu , WeTV..
kalau tengok ranking, confirm antara top 10 hott ...

Kat YouTube pun bnyak benda ni, lgi2 dri Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bdg zmn skrg scary giler
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.158029 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list