CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1343|Reply: 12

Isteri Zul (2 by 2), Intan Maya Gugur Dua Kali, Mimpi Ular Tedung Hitam & Merah. Kena Buatan Org Ke? Sape tew?

  [Copy link]
Post time 1-8-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
“Ketika Itu Saya Lafaz ‘Ya Allah’,” - Isteri Zul (2 by 2), Intan Maya Gugur Dua Kali, Mimpi Ular Tedung Hitam & Merah - Media Hiburan
August 1, 2022

Isteri kepada penyanyi dan komposer Zul (2 by 2), Intan Maya mendedahkan dia dua kali mengalami keguguran selepas mendirikan rumah tangga sejak 22 Februari lalu.

Intan Maya yang juga penyanyi selain pernah menganggotai kumpulan The Girls reda dan berdoa semoga dikurniakan rezeki zuriat bersama Zul selepas ini.

Terdahulu, dia mendedahkan pernah diuji dengan kesakitan dipercayai akibat perbuatan khurafat atau ilmu hitam.

“Beberapa bulan lalu saya tak datang bulan, ‘sangkut’ (hamil) ke. Namun saya ada beritahu suami, kenapa rasa tak sedap badan. Masa hamil yang pertama, saya mimpi ular tedung warna hitam dan merah.

“Suasana ketika itu seolah-olah di sebuah perkampungan dan saya tiba-tiba jatuh tergolek dari lereng bukit yang ada air terjun. Jadi bila nak bangun tu, macam terpegang ular tersebut. Cuma dia tak patuk.

“Ketika itu saya lafaz ‘Ya Allah’ dan tak lama kemudian, ular itu berlalu pergi. Bila bangun rasa bahagian perut sakit. Dapat tahu gugur,” katanya.

Maya menambah, sebelum keguguran kali kedua pula, dia turut berdepan situasi aneh.

“Ia berlaku ketika kami berada di kedai makan. Malam sebelumnya, saya berada di bilik jahitan. Tiba-tiba dengar bunyi menyeramkan. Saya cari suami dan bertanya mengenai bunyi terbabit. Suami tak tahu menahu.

“Bila dia ke bilik air dan saya pula baru nak lelap, tiba-tiba saya tergerak hati nak buka mata. Saya terkejut seolah-olah ternampak satu lembaga dari arah tingkap. Ya Allah buruknya muka dia dengan serabainya.

“Terkejut dengan apa berlaku, saya kembali lelap dan bila bangun pagi kami keluar untuk sarapan. Tengah duduk, muncul seekor lipan berjalan arah ke saya. Bila tegur, ia pusing balik.

“Selepas matikan ia, badan rasa ‘bisa’ sangat. Lalu saya alami keguguran lagi baru-baru ini. Saya anggap kami belum ada rezeki,” katanya.


Zul bagaimanapun berdoa dan tetap cari usaha untuk mengekang masalah dari terus dihadapi isteri.

“Siapa yang tak rasa kecewa. Cuma kami suami isteri tetap ikhtiar apa yang boleh dibuat (berubat). Pada masa sama kita buat solat minta dipermudahkan, selain amal baca Yasin.

“Perkara tersebut terjadi pada isteri. Ia pengalaman juga buat saya. Saya cuba fahami dan yang penting ambil tahu apa gangguan yang dialaminya. Saya di sisi untuk mengawal keadaan,” katanya lagi.

Pasangan tersebut ditemui pada Sidang Media Pelancaran Single Penyanyi Aiden Daniel di Arina SkyView KL, pada Ahad.

P/s - ingatkan zul 2 by 2 kawen dgn indon, rupanya bukan. Cara cerita tu mcm nak kata kena buatan org yg dengki ke? Siapa itewww?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon @makadekz beri sepatah dua kata alu alu....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 08:06 AM | Show all posts
Edited by Rachel_Green at 2-8-2022 08:07 AM

tumpang simpati...semoga ada rezeki nanti


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal kuar cite pasal kapel ni mesti pasal kaitan dgn sihir bagai.
Btw depa dua ni dedua dh penah ada anak ke ye? Kalau udah ada anak sblm ni pastu umur pun dah byk maybe rezeki anak sampai situ jelaa.
Fokus besarkan anak2 sedia ada jelaaa.Kenapa kalau kawen baru kita mesti nak beranak juga walau umur dah senjakala ya?

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 12:18 PM | Show all posts
Suchi replied at 2-8-2022 08:34 AM
Asal kuar cite pasal kapel ni mesti pasal kaitan dgn sihir bagai.
Btw depa dua ni dedua dh penah ada ...

Kan?
Hari tu macam problem nak kahwin....kena sihir katanya
Ni problem nak ngandung pulak...pun sihir jugak
Popular sangat ke kapel 2 org ni sampai ramai nak menyihir theols?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 2-8-2022 08:34 AM
Asal kuar cite pasal kapel ni mesti pasal kaitan dgn sihir bagai.
Btw depa dua ni dedua dh penah ada ...

Yg laki anak 5 umur pun dah 50+.. Bini pun dah ada anak sendiri.. Enjoy je ler masa2 tua ni.. Sibuk nak beranak lagi.. Tgu je cucu x lama lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2022 12:27 PM | Show all posts
semoga baik2 sahaja semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sihir yg tak pernah habis.. Percaya sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal gugur je santau.. Asal santau je mesti time gugur.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak masalah nya siapa aje lah nak menyihir diorg ni.. mcm tak berbaloi jahh
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
inspektoremos21 replied at 4-8-2022 03:34 PM
Tak masalah nya siapa aje lah nak menyihir diorg ni.. mcm tak berbaloi jahh

Popular sgt ke? Mcm sunduuu jek
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 03:41 PM | Show all posts
sikit2 salahkan sihir, adoi la gi la check dgn gynae
Takde sapa der byk masa nk jumpa bomoh bagai sihir korang
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
juruterra replied at 4-8-2022 03:41 PM
sikit2 salahkan sihir, adoi la gi la check dgn gynae
Takde sapa der byk masa nk jumpa bomoh bagai s ...

Kesian kat sihir asik dipersalahkan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.075263 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list