Sumber IG
Dikatakan tidak konsisten memakai hijab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada hujung tahun lalu, pelakon, Nelydia Senrose mengakui kecewa dengan diri sendiri yang tidak istiqamah untuk menutup auratnya dengan sempurna.
Menerusi laporan Harian Metro, katanya, sebagai individu yang masih baru dalam penghijrahan itu, dia memohon atas segala kekhilafan yang berlaku.
"Saya sedar yang saya tidak sepatutnya buat macam itu tapi saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan diri.
"Sebagai manusia, adakalanya iman kita turun naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah," katanya.
Dia yang kini baru pulang mengerjakan ibadah haji bersama suami bagaimanapun berharap orang ramai terus mendoakan agar dirinya dapat memakai hijab sepenuhnya.
"Doakan saya agar diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun saya memang mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri.
"Saya percaya, apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik. Cuma, saya perlu teguh dengan pendirian diri. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan lebih baik dari hari ke hari," katanya.
Terdahulu, Nelydia dilihat mulai memakai tudung selepas pulang dari mengerjakan umrah Disember tahun lalu.
-CARI
Namun, pelakon itu tidak memakai tudung ketika sedang bercuti di Bali, Indonesia.
|