CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 763|Reply: 0

IGB beli Pandan Safari pada harga RM9.07 juta

[Copy link]
Post time 30-7-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode
IGB beli Pandan Safari pada harga RM9.07 juta


Pandan Safari Lagoon Shopping Complex and Water Theme Park

KUALA LUMPUR: Ingenieur Gudang Bhd (IGB) melalui anak syarikat milik penuhnya, MGudang Properties Sdn Bhd (MPSB) akan mengambil alih Pandan Safari Lagoon Shopping Complex and Water Theme Park di Pandan Perdana pada harga RM9.07 juta.

Pengarah Eksekutif IGB, Melvin Lim, berkata MPSB memeterai Perjanjian Jual Beli Bersyarat dengan Paradise Boulevard Sdn Bhd (PBSB) bagi cadangan pengambilalihan 149 unit kompleks runcit dan komersial itu.

Beliau berkata, pelaburan hartanah kumpulan itu dijangka menghasilkan pendapatan sewa jangka panjang dengan memanfaatkan pertumbuhan e-dagang di dalam negara.

MPSB, katanya akan memperoleh keluasan lantai hartanah kasar berukuran 435,002 kaki persegi daripada 489,489 kaki persegi yang terdiri daripada lot runcit, tempat letak kereta dan ruang atas bumbung.

"Cadangan pengambilalihan itu akan dipenuhi melalui tunai melalui gabungan pinjaman, hasil daripada pelupusan hartanah dan atau dana yang dijana secara dalaman, yang mana bahagiannya akan ditentukan kemudian.

"Tanpa sebarang situasi luar jangkaan berlaku, cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai pada suku pertama 2023.

"Selepas pengambilalihan, kos selanjutnya akan ditanggung oleh MPSB untuk mengubah suai, memperbaharui dan menggunakan semula aset itu sebagai ruang simpanan dan gudang.

"Kos tambahan adalah tertakluk kepada penilaian lanjut kos kontraktor berdasarkan reka bentuk, spesifikasi dan jumlah kerja pembaikan," katanya.

Lim berkata, kumpulan sentiasa mencari hartanah yang boleh menjana pendapatan berulang dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata, pengambilalihan itu akan melengkapkan strategi IGB dalam mengenal pasti, melabur dan membangunkan hartanah berpotensi untuk peningkatan modal dan pendapatan sewa.

Peningkatan nilai, katanya adalah penting untuk pelaburan hartanahnya dan hasilnya boleh dicapai dengan memanfaatkan pengetahuannya untuk membangunkan dan menggunakan semula penggunaan bangunan sedia ada.

"Pengurusan kami berpendapat bahawa pertumbuhan berterusan kehadiran dalam talian dengan e-dagang oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana membawa kepada penggunaan perdagangan dalam talian ke luar talian (O2O) yang semakin meningkat dan keperluan untuk ruang storan untuk produk mereka," katanya.

Kompleks komersial itu akan digunakan semula sebagai gudang untuk menyediakan perkhidmatan penyimpanan yang bermanfaat, terutama untuk kebangkitan pemain industri pembuatan dan gaya hidup baharu yang memberi tumpuan kepada e-dagang.

Ruang penyimpanan dan pergudangan yang terletak secara strategik adalah penting untuk perkhidmatan logistik yang cekap, yang mana akan menjadi petanda baik untuk permintaan ke atas portfolio hartanah kumpulan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... da-harga-rm907-juta

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.717550 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list