CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22262|Reply: 263

Apa Dah Jadi Dgn Suara Ning Baizura?

  [Copy link]
Post time 29-7-2022 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ashilalat at 29-7-2022 11:39 AM

“Lagi Pula, Mereka Tidak Ada Di Tempat Kejadian, Jadi Tak Tahu Apa Yang Berlaku,” - Ning Baizura - Media Hiburan
July 29, 2022

Sedar sepotong video pendek nyanyiannya menjadi tular di media sosial, penyanyi terkenal Ning Baizura menyifatkan tindakan menularkan klip berkenaan tidak munasabah selain menganggap ia seolah-olah sengaja mahu menjatuhkan reputasinya.

Menerusi video tersebut, memaparkan Ning, 46, atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah seolah-olah tidak mampu menyanyikan lagu hitsnya, Awan Terpilu dengan baik di dalam sebuah persembahan, baru-baru ini.

“Sebenarnya saya buat persembahan selama empat hari berturut-turut. Setiap malam saya kena nyanyi 20 lagu, dah macam buat konsert.

“Tapi, dari dulu lagu setiap kali menyanyikan lagu Awan Terpilu saya memang akan sebak. Ini kerana saya terkenangkan arwah ayah. Berdasarkan video yang tular, itu adalah persembahan saya pada malam terakhir.

“Lagu itu pun adalah lagu yang terakhir. Penonton yang hadir pada malam itu kebanyakannya peminat. Mereka turut merasai perasaan saya yang sebak selain itu juga persembahan terakhir saya.

“Sesiapa yang menyanyi dalam keadaan sebak memang suara susah nak keluar. Itulah yang saya lalui. Saya pula memang kalau menyanyi akan beremosi terutamanya kalau lagu Awan Terpilu ini.

“Peminat yang biasa menyaksikan persembahan saya memang tahu perkara ini dan selalu saya kongsikan betapa lagu ini penuh makna pada diri saya.

“Jadi, saya berasakan mereka yang tularkan video itu adalah tidak munasabah. Tindakan itu lebih kepada nak mencari kelemahan dan cuba nak menjatuhkan saya. Lagi pula, mereka tidak ada di tempat kejadian, jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya.

Ning menambah, ada banyak lagi persembahannya yang bagus dan jauh lebih baik daripada itu tapi tidak ditularkan.

“Saya mahu meggunakan tular ini untuk positifkan semula apa yang berlaku. Kalau betul-betul nak dengar lagu ini kena datang persembahan saya pada masa akan datang. Kena tengok sendiri dan nilaikan
“Persembahan yang bagus tak ada pun nak ditunjuk, tidak pula nak ditularkan. Di TikTok orang suka mencari negatif, kekurangan dan tak munasabah apatah lagu buat sesuatu yang tak senonoh.

“Saya bukan orang sebegitu yang nak ambil peluamg macam tu. Kepada mereka yang bergelar budak baru nak up (BBNU), lain kali datang tengok betul-betul persembahan. Bukan tularkan daripada video orang dan sunting bahagian tertentu,” katanya lagi.

Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Harian Metro

Link youtube tak pandai nak tepek :

https://youtu.be/sz9YHOLKflk

https://youtu.be/cFg9E6UXUZ4

https://youtu.be/cFg9E6UXUZ4

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ashilalat at 29-7-2022 11:45 AM

[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 29-7-2022 07:51 AM
https://youtu.be/cFg9E6UXUZ4

Macam more to mabuk dari sebak jer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang hujung2 tu dh kenapa mcm bunyi ayam @ burung pn ada
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:19 AM | Show all posts
Requesting kak jah sg dua from twitter utk ganti kak ning masa sebak ya. Sbb seram nau dgr kak ning nyanyi ni hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
X nmpk sedih pun nyanyi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2022 08:30 AM | Show all posts
cikperiukkera replied at 29-7-2022 08:07 AM
Yang hujung2 tu dh kenapa mcm bunyi ayam @ burung pn ada

hahahhahaha.... . pernah sekali tu tengok dia nyanyi sampai orang sebelah tersipu sipu tahan gelak
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:38 AM | Show all posts
More to beria than menyanyi. Sheolls suara cakap & bernyanyi sama, so nyanyi je macam biasa. Yg nak uuuuu oooooo tarik2 buat apa. Adoiii...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
cikperiukkera replied at 29-7-2022 08:07 AM
Yang hujung2 tu dh kenapa mcm bunyi ayam @ burung pn ada

Cik periuk. Gara2 komen ko aku tgk video nya... hahahaha tp mmg lawak
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:45 AM | Show all posts
dia ni pikir dia masih mendoniya kew
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sampai masa utk bersara sepenuhnya kut
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg last tu dh knp ahahahahaha. Adoi. Kalu nyanyi mcm biasa ok je rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:53 AM | Show all posts
HelgaPataki replied at 29-7-2022 08:19 AM
Requesting kak jah sg dua from twitter utk ganti kak ning masa sebak ya. Sbb seram nau dgr kak ning  ...

hahahah nasib kak jah sg dua tak berkuntum dalam benang ni.. kalau tak hahhaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 08:57 AM | Show all posts
kalau nak gelak berdosa tak
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Faktor umur n dah beranak suara boleh rosak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 09:02 AM | Show all posts
lasagna replied at 29-7-2022 08:53 AM
hahahah nasib kak jah sg dua tak berkuntum dalam benang ni.. kalau tak hahhaaa

Rugi kak jah sia-siakan bakat dia kat twitter, petisyen utk kak jah maju ke hadapan!!! Hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak minat segala ttg dia. But no hate lah. Just hairan kenapa dah jadi ghoper ini.
She still needs to sing ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Takmo tengokkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
I jengok insta dia yg baju kuning tu...semput juga...tak merdu pada I ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoooo.... dah macam warga bikini bottom pakai cenggitu. Kalau Atilia, bff dia yang kurus pakai cenggitu comey ler jugak.
Tok Ti pakai koset, cer ikut musti nampak comey. Sora tu standard la dah berlemak cenggitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.610897 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list