CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 823|Reply: 8

[Tempatan] Netizen kongsi pelbagai kisah lucu dan cemas sepanjang blackout 20 minit. Blackout 505 tersenyum sinis

[Copy link]
Post time 28-7-2022 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Racurve at 28-7-2022 08:08 AM

"Aku Dalam Toilet... Ingatkan Cleaner Tutup Lampu, Rupa-Rupanya..." - Blackout 20 Minit! Netizen Kongsi Pelbagai Kisah Lucu & Cemas

20 minit saja sudah cukup mencetuskan rasa panik dalam kalangan netizen di beberapa negeri yang terkesan dengan impak terputus bekalan elektrik (blackout) petang Rabu.

Tanda pagar #blackout sendiri menjadi topik sohor kini di Twitter dan beberapa platform media sosial yang menyaksikan pelbagai perkongsian serta kisah lucu dari netizen.

Ada yang bergelap di dalam tandas, ada yang panik ketika sedang sibuk membeli-belah, malah ada juga yang meluahkan rasa bimbang impak 20 minit itu memungkinkan pelbagai senario tidak elok seperti terperangkap di dalam lif dan sebagainya.

Terkini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bekalan elektrik di semua kawasan yang mengalami gangguan tengah hari tadi telah berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 3:00 petang.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, TNB mendapati gangguan bermula pada jam 12.39 tengah hari itu berpunca daripada kerosakan salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

Menurutnya, kerosakan itu mengakibatkan kehilangan beban kuasa sebanyak 2.2GW (Gigawatt) yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.

Wakil TNB turut memaklumkan, kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit selepas gangguan berlaku hasil usaha berterusan Pasukan Teknikal TNB.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Terdahulu, AWANI melaporkan beberapa negeri lain turut terjejas dengan masalah sama.  Antara negeri turut dilaporkan terjejas seperti Kedah (Alor Setar dan Sungai Petani), Negeri Sembilan (Nilai dan Seremban) dan Pahang (Kuantan dan Pekan).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2022 04:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2022 04:07 PM | Show all posts
Edited by Racurve at 28-7-2022 08:28 AM


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2022 04:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2022 04:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2022 04:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-7-2022 04:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 04:18 PM | Show all posts
“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya menerusi kenyataan tersebut.


next bill kasik diskaun
x cite banyak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 05:04 PM | Show all posts
ade ape2 teori koperasi yg nk dikaitkan x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040632 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list