CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Pulau Pinang] Garis Panduan TIP bakal dibentang Januari 2023

[Copy link]
Post time 28-7-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Garis Panduan TIP bakal dibentang Januari 2023
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 28 Julai 2022




Jagdeep (dua dari kanan) menyerahkan draf Garis Panduan Pengoperasian Tempat Inap Persendirian kepada yang hadir Sesi Libat Urus Tempat Inap Persendirian Pulau Pinang di Komtar pada Khamis.


GEORGETOWN - Garis Panduan Pengoperasian Tempat Inap Persendirian (TIP) untuk skim tanah berstrata dan skim rumah atas tanah di Pulau Pinang dijangka dikuatkuasakan pada Januari tahun hadapan.


Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, sehingga kini lebih 90 peratus garis panduan tersebut telah siap digubal sebelum dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang dalam tempoh tiga bulan lagi.


Menurutnya, selaras dengan peningkatan bilangan pengoperasian TIP di Pulau Pinang, garis panduan tersebut disediakan bagi menambah baik serta memperkemas kaedah serta tatacara pengendalian pengoperasian TIP di Pulau Pinang.


"Garis panduan itu dirangka sejak Disember tahun lalu bersama beberapa pihak antaranya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan beberapa agensi berkaitan. Sehingga kini, lebih 90 peratus sudah siap melibatkan skim tanah berstrata namun kita akan memasukkan juga garis panduan untuk skim rumah atas tanah.


"Kita akan membentangkan garis panduan yang sudah siap sepenuhnya dalam MMK Pulau Pinang, namun sebelum itu kita akan mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk pemegang taruh dan pihak penguatkuasaan seperti yang diadakan hari ini (Khamis)," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sesi Libat Urus Tempat Inap Persendirian Pulau Pinang di Komtar pada Khamis.


Sehingga kini, Jagdeep berkata, terdapat 2,511 bangunan berstrata melibatkan 326,464 unit rumah di Pulau Pinang.


"Pulau Pinang merupakan negeri tumpuan pelancong yang mana, ada pengunjung yang memilih rumah inap desa ketika berkunjung di sini. Bukan niat kita untuk menjejaskan ekonomi industri pelancongan yang sedia terjejas akibat Covid-19 tetapi kita juga tidak mahu kesejahteraan penduduk terganggu.


"Ini kerana, pejabat saya menerima 686 aduan dalam tempoh 2019 hingga Mei tahun ini untuk bahagian pulau sahaja. Antara aduan yang diterima adalah isu bising, terlalu ramai dalam sebuah rumah serta penggunaan kemudahan awam di bangunan seperti gimnasium dan kolam renang," katanya.


Beliau berkata, sementara garis panduan tersebut dikuatkuasakan, pemilik kediaman yang tidak mematuhi peraturan boleh diambil tindakan mengikut beberapa undang-undang antaranya Akta Rancangan Bandar dan Negeri, Akta Kerajaan Tempatan dan Undang-undang Kecil PBT.


"Inap persendirian tidak dibenarkan untuk dijalankan di skim perumahan kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik," katanya.


Sementara itu, Jagdeep berkata, dalam tinjauan yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ke atas kira-kira 300 hartanah berstrata, 99 peratus daripada mereka tidak bersetuju hartanah mereka digunakan untuk aktiviti inap desa persendirian.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... entang-Januari-2023
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052717 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list