Satu taktik memalsukan kecacatan di sebuah lapangan terbang tular di TikTok baru-baru ini.
Ia merupakan satu ‘akses’ mudah jalan pintas menggunakan sokongan kerusi roda bagi menaiki lapangan terbang, lapor Daily Star.
Lapangan Terbang Heathrow
Foto: SWNS
Ketua eksekutif syarikat, John Holland-Kaye menyalahkan media sosial atas kekecohan dan kesesakan perjalanan yang berterusan di lapangan terbang di Heathrow, United Kingdom (UK).
“Penumpang berpura-pura berlakon seperti seorang yang kurang upaya untuk mengelakkan menunggu barisan panjang semasa percutian musim panas.
“Permintaan kerusi roda telah meningkat dengan ketara sejak taktik ini didedahkan di TikTok,” katanya.
TikTok @alfreeedb
Seorang pengguna pura-pura mencederakan kakinya untuk melalui kawalan keselamatan lebih cepat dalam pesawat pulang dari Ibiza, Sepanyol.
Salah seorang lagi berkongsi panduan ‘langkah demi langkah’ di media sosial yang menunjukkan cara membuat kaedah dengan penuh keyakinan ia bakal berjaya.
Menurut ketua eksekutif di lapangan terbang Birmingham, UK, turut melaporkan peningkatan 20 peratus penumpang yang meminta bantuan kerusi roda.
Sumber: mStar |