CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 18

Wanita Batal Kahwin Sebab Nampak Bakal Suami Masih Dimandikan Ibu

[Copy link]
Post time 28-7-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode
BEIJING – Seorang wanita di China bertindak membatalkan perkahwinannya setelah mengetahui bahawa calon suami masih dimandikan oleh ibu sendiri, lapor portal berita Wolipop.


Kejadian itu berlaku di bandar Sutian, wilayah Jiangsu ketika kedua-dua bakal pengantin itu sedang membuat persediaan untuk majlis perkahwinan mereka.


Pada malam sebelum perkahwinan berlangsung, wanita dikenali sebagai Chen itu singgah di rumah bakal suaminya, Li sambil membawa beberapa barang dan memeriksa persiapan di sana.




Gambar Hiasan




Ketika itu, dia melihat bakal ibu mentuanya sibuk menghias bilik pengantin dan melakukan beberapa kerja lain.


Bagaimanapun, Chen kemudian melihat bakal ibu mentuanya masuk ke dalam bilik bakal suaminya. Dia melihat wanita itu memandikan bakal suaminya, manakala lelaki itu kelihatan sudah biasa dimandikan kerana kelihatan selesa.


Pelbagai prasangka timbul dalam fikiran Chen. Dia kecewa dan tidak dapat menerima perbuatan tersebut.


Menurutnya, tidak normal bagi seorang lelaki dewasa yang bakal berkahwin masih dimandikan oleh ibu sendiri. Lelaki seperti itu akan sentiasa terikat dengan ibunya dan akhirnya akan menyukarkan perkahwinan mereka.


Dia memutuskan untuk membatalkan perkahwinan mereka tetapi keluarga bakal suaminya tidak dapat menerima penolakan tersebut kerana semua persiapan sudah hampir lengkap.


Li juga berkata, mereka sudah lama bercinta, jadi tiada sebab untuk membatalkan perkahwinan itu. Ibunya berasa amat sedih dan tidak menyangka perbuatan tersebut akan memberi kesan sebegitu rupa. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 10:55 AM | Show all posts
aku setuju dggn tindakan pompuan tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Apahallll mak masih mandikan anak... patutnya by 12 tahun dah takde kot manja2 terlampau camni.. semua kena buat sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:05 AM | Show all posts
giler..elok la xjd kawin kang menusahkn idup bini jer
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:16 AM | Show all posts
masa mandikan tu mak dia pun ikut bogel ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul2 anak mak ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 11:50 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-7-2022 11:16 AM
masa mandikan tu mak dia pun ikut bogel ka?

hahahaha jauhnya soalan uols.
rasanya tak.. cuma pelik la, dah tua bangka manja camtu sekali..
mcm budak kecik.. sbb tu kot diputuskan.. over manja..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijiks yach dekkkk….. apa2hal pun kami cinta komunih sissss ……. Uraaaaa abah kau dekkkkk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha bodo apa aku baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la tindakan ppuan tu..xnmpk mcm manja tp seolah mcm mak dia plak jd hamba dia..esok2 nk suruh bini mandikan dia jgk..xleh buat semua sendiri[em:12:]
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:27 PM | Show all posts
bagus tindakan minah nie....

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kadang kala tido dgn mak iols. Tapi takde la nak dimandikan oleh mak. Selagi ada mak, hargailah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus tindakan perempuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:32 PM | Show all posts
lain machiam. dah besar panjang pun mak mandikan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
comel je baca berita ni

nasib baik membuang pakai tisu, kalau tak mesti emak cebukkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:47 PM | Show all posts
apa gile nak mommy mandikan, bulu tak bertaburan kah?

ngok ngek, sewajarnya kena dump
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 04:42 PM | Show all posts
terlampau manja dari kecik. iol kenal sorang macam ni. anak dah tingkatan 1 kot. pas mandi lapkan, pakaikan baju, ayoooo
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus dik
better lari skrg dr kau nnt kena babykan dia ewww
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 09:47 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045915 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list