CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 0

Waspada jika ada bengkak di leher

[Copy link]
Post time 28-7-2022 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Waspada jika ada bengkak di leher


BARAH tiroid yang sudah merebak boleh dirawat serta mempunyai harapan untuk sembuh.


Kota Bharu: Berdasarkan data pendaftaran kanser negara, barah tiroid adalah barah kelapan tertinggi di Malaysia dan sebahagian besar penghidapnya membabitkan wanita.

Pakar Perubatan Nuklear, Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Wan Fatihah Wan Sohaimi berkata, sesetengah masyarakat menganggap bengkak di leher perkara biasa, namun ia sebenarnya mempunyai faktor penyebab sehingga boleh mengakibatkan barah.

Kata Dr Wan Fatihah, satu daripada jenis barah yang mempunyai fizikal sama dengan bengkak di leher adalah barah tiroid.

Beliau berkata, ada dalam kalangan masyarakat beranggapan barah penyakit menyebabkan kesakitan yang teruk namun sebenarnya ada yang sebaliknya.

"Kerana itu, ramai ambil mudah barah tiroid, malah ada yang tidak mendapatkan rawatan lanjut sehingga barah itu berada pada tahap membimbangkan.

"Kesedaran rakyat di Malaysia umumnya berkaitan barah tiroid masih rendah serta membimbangkan," katanya.

Dr Wan Fatihah berkata, barah tiroid terbahagi kepada dua iaitu tidak agresif dan agresif.

Barah tidak agresif dirujuk mengikut kategori umur iaitu umur 55 ke bawah dikira sebagai tahap satu dan dua.

Walaupun barah sudah merebak, ia boleh dirawat serta mempunyai harapan untuk sembuh.

"Rawatan utama barah tiroid adalah melalui pembedahan dan rawatan kedua pula, pesakit perlu ambil ubat hormon sepanjang hidup dan dirujuk ke Jabatan Perubatan Nuklear untuk rawatan seterusnya iaitu radioaktif iodin yang hanya terdapat di USM bagi negeri di pantai timur.

"Radioaktif iodin adalah rawatan istimewa yang akan diberi mengikut risiko pesakit dan rawatan barah tiroid ini tidak seperti barah lain kerana ia tidak memerlukan rawatan kemoterapi," katanya.

Dr Wan Fatihah berkata, bengkak di leher kebiasaannya bermula daripada kulit, kelenjar air liur, kelenjar limfa dan tiroid akibat jangkitan kuman.

"Ada dua jenis bengkak di leher iaitu bengkak kelenjar air liur bersifat sementara malah tidak berbahaya serta akan surut dalam tempoh satu hingga dua minggu.

"Yang kedua bengkak disebabkan ketumbuhan. Contoh, limfoma dan beguk yang bengkaknya berpanjangan dan pesakit tidak perlu risau namun tetap memerlukan rawatan doktor," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... da-bengkak-di-leher

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.051718 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list