Masih menunggu kerjasama daripada Lufya, pihak polis meminta agar pelakon itu dapat memberikan bantuan agar siasatan lanjut terhadap dakwaan lelaki yang cuba menculik anak perempuannya pada 26 Jun lalu dapat dijalankan dengan lancar.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menerusi Harian Metro berkata, polis perlu mengambil keterangan kanak-kanak perempuan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
"olis sudah menghubungi wanita berkenaan untuk hadir bagi mengambil maklumat berhubung kejadian.
"Kita masih menunggu kerjasama daripada beliau. Bukan dia tidak mahu, mungkin ada hal lain tetapi sekarang masih dalam siasatan dan perlu mendapat kerjasama dari dia," katanya.
Katanya lagi, pihaknya juga akan mengeluarkan fotofit milik suspek untuk hebahan awam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Sumber Sinar Harian
Terdahulu, Lufya mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya di taman permainan rumah mereka di Kota Damansara.
Lufya atau nama penuhnya, Lutfyah Sheikh Omar bersyukur anak dan dirinya selamat walaupun dia mengalami kecederaan di muka akibat dipukul menggunakan sebatang kayu.
Wanita itu membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit di Balai Polis Kota Damansara kira-kira jam 6 pagi pada 29 Jun lalu. - CARI
|