View: 2048|Reply: 6
|
"Bahagia Jangan Tunjuk, Derita Pun Jangan Tunjuk,"-Wany Hasrita Tak Nak Tayang Suami
[Copy link]
|
|
Selamat bergelar isteri pada Jumaat lalu, kisah cinta yang disimpan rapi Wany Hasrita selama ini menjadi antara bualan ramai yang kagum dengan sikap selebriti itu dalam menjaga hal peribadinya.
Ramai memuji serta ingin menjadikan contoh seperti yang ditunjukkan Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, dalam berkongsikan kisah cintanya kepada umum.
Foto: IG
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Wany berharap agar tindakan dalam merahsiakan perhubungan sehingga sah bergelar suami isteri dapat dicontohi orang di luar sana.
“Sebenarnya saya berahsia sebab pengalaman sebelum ini. Kalau tak pasti, tak sah (jangan kongsi) sebab tak rugi apa pun sebenarnya.
“Kalau kongsi tetapi tak jadi nanti kena padam satu-satu. Harap sedikit sebanyak menjadi contoh kepada orang di luar sana,” katanya kepada MH.
Selain itu, penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu mengakui dia sedikit sebanyak mengikut pesanan ibunya, Norita Jaafar agar tidak terlalu menayang kebahagiaan kepada orang luar.
Menurut Wany, selepas berkahwin dia akan tetap meneruskan prinsip tersebut, yang mana tidak terlalu mengembar-gemburkan hal peribadi di media sosial.
“Saya gementar juga nak cakap… takut-takut kalau terbuat nanti. Tetapi saya bersetuju (hadkan perkongsian hal peribadi) sebab ibu pun dah pesan, bahagia jangan tunjuk, derita pun jangan tunjuk.
“Macam gambar raya bolehlah saya kongsikan,” ujarnya tertawa.
Wany selamat diijabkabulkan dengan seorang juruterbang asal Kuching, Sarawak, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, pada Jumaat lalu bertempat di Damansara Perdana, Selangor.
Dalam majlis tersebut, Wany menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan.-CARI
Sumber: Media Hiburan
|
|
|
|
|
|
|
|
kita merancang Allah menentukan...selain dpt Allah...kita kena cari jugak tempat luahkan rasa...cantik wany...semoga bahagia hingga ke syurga
jgn terpengaruh sgt dgn acik2 kepam forum...kunun jaga privacy padahal dok melalak kat medsoc. Hipokrit ni ramai je.. |
|
|
|
|
|
|
|
harisbee replied at 27-7-2022 11:17 AM
kita merancang Allah menentukan...selain dpt Allah...kita kena cari jugak tempat luahkan rasa...cant ...
betul. bagi saya takde salah nak sharing moment bahagia. Or bila sedih rasa nak meluah. Meluah dgn merempan tak sama bg saya. masyarakat kita biasa sgt dimomokkan -jangan tayang bahagia/derita. itu kan namanya suppress emosi. not good la utk long term. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah tak tunjuk sgt.. dulu2 selalu jugak nampak Puteri Sarah upload gambar mesra berdua dgn Syamsul.. nampak bahagia.. tak sangka pulak ada orang ke 3 di antara mereka |
|
|
|
|
|
|
|
jangan jadi mcm neelofa.. dah
tak tunjuk pastu dok hint ikut lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn wani, kalau nak tunjuk pun gambar raya, birthday atau pergi majlis je. Takyah tunjuk pic gurau2 sweet2 harian. Kalau derita pun just luah kat orang terdekat je la, takyah bagitau kat socmed. |
|
|
|
|
|
|
|
Dok berkepit diam2 sudah. Manusia ni dengki lg byk dari suka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|