
Program pencarian bakat tidak hanya dianjurkan oleh pihak televisyen tetapi ada juga pihak tertentu di luar sana yang menyediakan platform buat anak muda untuk tampil menunjukkan kebolehan mereka kepada umum.
Pun begitu, program Pencarian Wanita Melayu yang diadakan di Plaza Shah Alam baru-baru ini menerima kecaman apabila ada beberapa peserta yang memaparkan kebolehan mereka dengan beberapa aksi yang didakwa tidak memaparkan sifat wanita Melayu.

Sebuah video yang dikongsikan menerusi TikTok Plaza Shah Alam itu memaparkan aksi wanita bertudung yang mengikuti uji bakat memaparkan bakatnya dalam tarian melakukan 'back flip' dengan iringan lagu Disney.
Ramai yang mengatakan peserta sama sekali tidak menunjukkan sisi sebenar wanita Melayu yang disifatkan sebagai lemah-lembut, bersopan santun serta menjaga tingkah.
Ada juga yang berpendapat andai peserta menunjukkan kebolehan mereka dengan mempersembahan tarian tradisional dari mana-mana negeri. - CARI
|