CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 0

Artikel fitnah, PM berjaya peroleh injunksi terhadap Agenda Daily

[Copy link]
Post time 26-7-2022 08:28 AM | Show all posts |Read mode


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya memperoleh perintah injuksi (menyekat) yang memerintahkan pemilik portal Agenda Daily Media Enterprise memadamkan artikel yang didakwa memfitnahnya.



Perkara itu dimaklumkan peguam Joshua Tan yang mewakili PM, ketika dihubungi media tempatan. Perintah berkenaan dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad pada prosiding kes berkenaan yang dijalankan secara Zoom, hari ini.



Sementara itu, peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili Muhamad Izwan selaku defendan mengesahkan perkara tersebut.



Beliau turut memaklumkan bahawa prosiding yang berlangsung hari ini, mahkamah mencadangkan agar kedua-dua pihak berunding untuk penyelesaian tanpa perlu ke perbicaraan penuh






Terdahulu, pada 18 Februari lalu, PM berjaya mendapatkan perintah sama menerusi permohonan injuksi Ex-parte (sebelah pihak).



PM turut memperoleh perintah injuksi sementara daripada Mahkamah Tinggi supaya defendan (Muhamad Izwan) memadamkan artikel yang diterbitkan dan daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan beliau.



PM selaku plaintif yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya.



Pada 4 Mac lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan PM untuk memperoleh injuksi ad-interim terhadap defendan bagi mengekalkan status quo sementara menunggu pelupusan injuksi inter-parte (kedua-dua pihak).










Dalam pernyataan tuntutan, beliau mendakwa pada 30 Januari lalu, Agenda Daily Media telah menerbitkan artikel bertajuk 'Ismail Sabri Bimbang Jadi PM Paling Singkat, 'Rayu' Jangan Tarik Sokongan' di dalam laman web yang mengandungi pelbagai kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai plaintif.



PM turut mendakwa artikel berkenaan membawa maksud beliau terdesak untuk terus menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun dan sanggup merayu kepada parti politik tertentuk supaya tidak menarik sokongan terhadapnya.



Akibat daripada penerbitan artikel itu, PM mendakwa reputasinya tercemar selain emosinya terganggu dan kenyataan fitnah dalam artikel tersebut boleh membawa kesan buruk pada kerjaya politiknya. - CARI



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.045122 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list