Sumber IG
Pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel mengumumkan bakal mengadakan konsert sulung mereka pada hujung tahun ini.
Perkongsiannya itu pastinya satu berita gembira buat peminat kedua-dua penyanyi yang terkenal dengan vokal mantap ini.
Kata Ernie, buat masa ini belum ada sebarang tarikh rasmi untuk konsert berkenaan kerana mereka juga masih pada fasa persiapan.
"Alhamdulillah, banyak perancangan saya bersama pihak naungan iaitu Rocketfuel untuk tahun ini dan hadapan selepas kita sudah berehat lamat disebabkan Covid-19.
"Insya-Allah, saya dan Syamel akan buat satu konsert pada hujung tahun ini. Cuma tarikh kami akan maklumkan nanti. Sekarang masih belum boleh lagi.
"Secara rasminya bermula bulan depan kami akan mulakan promo untuk konsert saya dan Syamel," katanya.
"Sebenarnya, banyak lagi yang kami sedang rancangkan dan ada beberapa hal juga yang sudah diselesaikan untuk konsert berkenaan," katanya kepada Gempak.
Persiapan untuk konsert sudah mencapai 40 peratus dan pasangan penyanyi kesayangan ramai itu menjanjikan kejutan besar buat peminat yang hadir pada konsert berkenaan. - CARI
|