View: 1169|Reply: 9
|
Remaja Kurus Kering Dirantai Ibu Bapa Kerana Sering Minta Makan
[Copy link]
|
|
Tular video di Indonesia menunjukkan remaja berusia 15 tahun dirantai kakinya, dipercayai mangsa pengabaian dan penderaan.
Dalam video tersebut, remaja lelaki berbaju merah itu kelihatan amat kurus, dengan kakinya dirantai.
Dalam keadaan lemah, remaja itu menunjukkan isyarat dirinya lapar dan mahu makan kepada individu yang merakam videonya.
TikTok
Dia dipercayai keluar dari tempat kurungannya selepas ibu bapanya terlupa mengunci pintu sebelum dia ditemukan jirannya.
Video dirakam jirannya yang dikenali sebagai Fanny itu dikongsikan menerusi media sosialnya.
“Remaja itu dikenali sebagai R dan dia memberitahu, dia sangat lapar kerana ayah dan ibu tirinya tidak memberi dia makan, malah sering memukulnya.
“Disebabkan itu, kami berinya makan sambil menunggu pihak berkuasa datang ke lokasi,” kata Fanny kepada Kompas.com.
Polis kemudiannya menanggalkan rantai pada kakinya sebelum dibawa mandi di rumah jirannya.
Tidak lama kemudian, ibu bapa remaja itu datang dan memohon maaf atas yang berlaku serta meminta kebenaran untuk membawa anak mereka pulang ke rumah.
Polis membenarkan mereka membawa remaja itu pulang ke rumah dan pasangan suami isteri itu hanya ditahan selepas polis mengumpul maklumat.
Berdasarkan soal siasat, ibu tiri mangsa menyatakan mangsa sendiri yang minta dirantai dan polis menyifatkannya sebagai perkara tidak masuk akal.
Jurucakap polis, Hengki berkata, remaja itu mempunyai banyak kesan luka dipercayai akibat dipukul oleh bapanya dan kini menerima rawatan di hospital sebelum dihantar ke rumah kebajikan.
Mangsa pengabaian dan penderaan oleh ibu dan bapanya kini menerima rawatan di hospital di Jakarta. - CNN Indonesia
“Ibu dan bapanya juga memberi alasan mereka merantai mangsa kerana dia sering minta makan,” ujarnya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
jahat la mak tiri dia ni, bapak dia pon setan juga tu |
|
|
|
|
|
|
|
mangsa sendiri yang minta dirantai? agak-agak lah nak lepaskan tengkok sendiri pun. alasan memang sah-sah tak masuk akal. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak caprut dari seberang |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu banyak bala turun di indonesia |
|
|
|
|
|
|
|
teringat plak aku kes budak yg kat nilai dulu tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikat ayah n mak nya kat tepi jalan tengok..
Jilaka btoi |
|
|
|
|
|
|
|
aku sampai sekarang teringat video yang diorang tunjuk kat tv tu.
"Ya Allah adik!", petugas tu jerit sebab dia ingatkan mayat, tapi tiba2 bangun tengok semua orang.
atas longgokan tanah bercampur najis dan sampah.
melalak aku weyy bila follow kes dia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|