GERIK: Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan pacuan empat roda (4WD) berhampiran Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik, di sini, petang tadi.
Mangsa yang maut adalah Mohd Rodhi Othman, 58; Ahmad Khomaini Abu, 30; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata dua lagi mangsa cedera dalam nahas yang berlaku pada jam 3.45 petang itu.
Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi bagi operasi menyelamat sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan.
Mangsa yang cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik, petang tadi. - Foto ihsan bomba
"Nahas membabitkan sebuah kereta PERODUA Alza dengan Toyota Hilux. Semua mangsa yang maut menaiki PERODUA Alza, manakala mangsa yang cedera menaiki Toyota Hilux.
"Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan kerja menyelamat mangsa menggunakan peralatan khas dengan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli, Kelantan untuk rawatan lanjut.
"Mangsa yang maut pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Keadaan Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik, petang tadi. - Foto ihsan bomba
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian dan berkata lima mangsa maut terbabit menaiki PERODUA Alza dan semuanya meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood pula berkata, semua mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan waris sudah dimaklumkan untuk proses selanjutnya.
Keadaan kereta PERODUA Alza yang dinaiki lima mangsa yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik, petang tadi. - Foto ihsan bomba
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 24-7-2022 09:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by hanamunir at 25-7-2022 08:14 PM
iolls suspect hilux ni bawa laju time tgh turun bukit, situ memang selekoh corner tajam sambil menurun kalau dari arah r&r titiwangsa ke jeli, alza relax2 tengah mendaki..hilux ni x dapat control terus langgar alza di jalan sebelah..
btw, bengang betul bila kita yang tengah guna gear rendah tengah turun bukit tu, orang belakang dok cucuk untuk nak cepat..tak nampak ke curamm situ kena berhati2..giler apa bawa 100 km/j turun bukit..
last week lalu situ, sempat la nampak 4 ekor gajah kat tepi jalan tu tengah makan rumput tinggi2 guna belalai dia..so comellll..
1 baby, 3 lagi macam abang kakak dia kot..tak besar sangat pun gajah-gajah tu macam dalam video yang orang share..nasib kereta iolss tidak digoyang2..
Post time 24-7-2022 09:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hanamunir replied at 24-7-2022 09:37 PM
iolls suspect hilux ni bawa laju time tgh turun bukit, situ memang selekoh corner tajam sambil menur ...
tiap kali blk kg mesti ada excident area grik ni, teruk atau tak je. kereta2 beso suke nau cucuk2 pdhal mmg dah nmpk lori balak kat depan, nak laju tara mana lagi. depa tak kira double line ke selekoh tajam ke turun bukit gaung kat tepi asalkan laju.ujung2 ke alam barzakh.
btw, Innalillah dan takziah kepada keluarga mangsa.
Post time 24-7-2022 10:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
first time aritu jln jeli gerik tp view cantik cuma tu la jln berbukit Dan kene hati3, ingat lg haku nak balik ke arah gerik dari jeli keta belakang lampu keta eh kemain tinggi sakit mata adik haku yg tgh driver, adik haku siap da bg laluan walaupun double line sbb lampu keta belakang tinggi sgt nyaris2 nk terbabas, pastu keta belakang da dpt potong adik haku call abg die kat depan suruh bg keta tinggi Kat keta tu sampai pecut laju keta tu haaa..
Trak pikap tu memang kenderaan paling tak stabil kat jalan. Kalau perati almost semua akan terbalik upside down time xsiden. Tu pun tak sedar semua bawak mcm cirit
Post time 25-7-2022 01:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
hanamunir replied at 24-7-2022 09:37 PM
iolls suspect hilux ni bawa laju time tgh turun bukit, situ memang selekoh corner tajam sambil menur ...
My friend pun husband meninggal kt jalan ni...area dkt selekoh gk..masa tgk berita ni terdetik eh mcm tmpt sama ke dgn areah eksiden tu..dorg 2 org yg arwah naik motor kena sapu dgn hilux yg amik lap terlebih makan jalan gk
Post time 25-7-2022 01:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
4x4 ni tak padan dgn COG tinggi, masuk selekoh macam kereta sukan.
Bas double deck yg tumbang kat selekoh aritu, sama laa kaedahnya.
Torque sedap, tekan selagi daya.
Post time 25-7-2022 06:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
alieyrina replied at 25-7-2022 12:09 AM
Trak pikap tu memang kenderaan paling tak stabil kat jalan. Kalau perati almost semua akan terbalik ...
Agknya kete tinggi,memang mudah terbalik..suami baru eksiden minggu lps,naik fortuner sykt punya...driver asal cuti hari kejadian tu..suami duduk belakang..berpusing² 4,5 kali ...mujur xada yg cedera parah,kete je teruk ..
Utk tak ot...
Salah seorang yg meninggal dlm eksiden kat ats tu,mak dia seĺalu anta kerepek kat kedai ank iolls..
Xtanya pulak, ank dia tu yg perempuan ke ĺelaki..
Post time 25-7-2022 06:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Innalillah
Hilux ni pikap paling tak stabil walaupun model baru. Tapi orang kita suka sangat beli. Boleh tengok youtuber buat ujian dekat semua pikap ni. Kalau dah pakai hilux tu tak payah la bawak laju. Rasa kot masa ambik corner tu. Beza rasa kalau bawak pikap lain.
Post time 25-7-2022 07:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Uols cakap la.paling tak.stabil.ka.apa ka..
Hilux ni juga lah perangao sama.cm.king...
Kat hiway.dia.pung sama.naik...
Depa hanya tau tak.stabil bila.dah eksiden saja..
Iols.ucapkan takziah buat family alza
Harap driver.hilux tu.dihantui rasa bersalah sampai mati