CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6252|Reply: 42

Kuna Puas Hati Besarkan Dan Hantar Anak Ke Universiti Hasil Duit Lakonan

[Copy link]
Post time 24-7-2022 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Kuna Muzani, 51, bersyukur dan puas dapat membesarkan tiga anaknya hingga masing-masing berjaya belajar ke universiti dengan duit hasil titik peluh dalam bidang lakonan.


Kuna atau nama sebenarnya Tengku Sarina Tengku Muzani yang juga ibu tunggal berkata, dia akan terus aktif berlakon selagi mendapat peluang dan tawaran meskipun bukan untuk watak utama kerana faktor usia.



Foto: IG







"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana hasil daripada duit berlakon yang diterima selama ini dapat membesarkan tiga anak, sehingga mereka berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.


"Dua anak lelaki saya yang berusia awal 20-an melanjutkan pengajian mereka di universiti dan seorang daripadanya sudah pun habis belajar serta mendapat ijazah. Manakala, anak gadis saya yang baru dapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga akan belajar di universiti.


"Jadi, saya amat bersyukur kerana duit hasil lakonan diperoleh selama ini dapat membantu membesarkan anak-anak. Pada usia sekarang, rasanya saya pun dah tak larat sangat nak masak nasi lemak dan berniaga macam dulu lagi selain fokus berlakon," katanya.




  



Difahamkan Kuna pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami dikenali Rizalman dan mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 5 Disember 2001.


Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak iaitu Nik Muhamad Hakimi Rizalman, Nik Haikhal dan Elysha.


Terdahulu, Kuna hadir pada acara sidang media secara virtual drama Nenda lakonannya bersama Fauziah Nawi, Didie Alias dan Mandy Chong yang menemui penonton di slot Sakura TV3 dari Isnin hingga Khamis, jam 6 petang.




  



Selain itu, Kuna juga mengingatkan kepada bakat-bakat baharu bidang lakonan agar tidak cepat berasa hati sekiranya menerima teguran daripada pelakon senior dan anggap sebagai menimba pengalaman.


"Bagi pelakon baharu yang dapat berlakon dengan 'otai', anggap ia sebagai pengalaman. Malah, sekiranya lakonan ditegur ambil positif kerana kami sebenarnya nak kalian menjadi bagus kerana kerja berlakon ini berpasukan.


  



"Kami mahu kita semua bagus dalam projek lakonan dijayakan. Jadi, kami menegur itu bukan sebab nak tunjuk diri dah bagus sangat, tetapi sekadar berkongsi ilmu yang baik untuk kita semua dalam satu produksi agar sama-sama menjadi bagus," katanya.


Kuna yang lebih dua dekad bergelar pelakon pernah dikenali dengan drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe, Nur, Hati Yang Dikhianati dan banyak lagi. Dia juga adalah adik kepada pelakon Kuza dan kakak pelakon, Kuniey juga mempunyai pertalian dengan kerabat istana Kelantan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, tahniah. Golongan kerabat dia ni, tapi realistic, tetap berusaha meniaga nasi bagi mencari pendapatan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kdg2 selalu konpius dia dgn kuza tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 24-7-2022 07:24 PM
kdg2 selalu konpius dia dgn kuza tu

jauh bertiang kot...kuna...kuza, kurus...bambam, sorg kecoh berdentum...sorg lemah lembut je, muke pun lain tp both blakon best.

btw, tahniah bela anak2 menjadi, pandai2.
toklakinya sekadar bg benih ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Igt lg aku gbr sanding dia ngan Rizalman tu..ex hubby pun bukan calang² org kan...ada gak bg nafkah tu..harapnya laa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kakak kuza kan. Bukan kuza pun dah 50+. Mcm mana dia baru 51
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 24-7-2022 07:55 PM
jauh bertiang kot...kuna...kuza, kurus...bambam, sorg kecoh berdentum...sorg lemah lembut je, muke ...

Dulu2 mmg x sangka sheols & kuza adik beradik..sbb kuna ni npk biasa2 jerr wajahnya tp tetap manis while kuza plk wajah urban ckit & selalu jd model baju pengantin dlm majalah zaman tu..yela bekas finalis dewi remaja kn.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 24-7-2022 08:18 PM
Dia ni kakak kuza kan. Bukan kuza pun dah 50+. Mcm mana dia baru 51

Kuza 49 tahun ni, lahir 1973. Betul la umurnya Kuna tu.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 24-7-2022 07:55 PM
jauh bertiang kot...kuna...kuza, kurus...bambam, sorg kecoh berdentum...sorg lemah lembut je, muke ...

Sekurang nya dia nk meroyan mcm acik RR kikikiki...mcm dia lah mak tunggul yg tersakiti sorang je dlm dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 24-7-2022 08:18 PM
Dia ni kakak kuza kan. Bukan kuza pun dah 50+. Mcm mana dia baru 51

Tapi aku dari dlu lagi rasa dia bukan kakak tp adik kuza
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuna, Kuza & Kuni .. Deols 3 beradik ada belakon . Yg plg menonjol is Kuza then sheols Kuna n last sekali Kuni. Ini pon iols baru tau wujud adik beradik yg ke 3 tu. Mmg Kuza tu nmpk plg menyerlah. Tak pasti pulak yg mana kakak yg mana adik.

Btw, utk tak ot... Tahniah Kak Kuna berjaya besarkan anak3 menjadik orang. Mesti lega rasa hati bila anak3 dh besar pnjg n berjaya,kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 09:41 PM | Show all posts
toksah la menidakkan duit ex-laki.  ex laki bukan kaleng2 orang.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
irsa replied at 24-7-2022 09:40 PM
Kuna, Kuza & Kuni .. Deols 3 beradik ada belakon . Yg plg menonjol is Kuza then sheols Kuna n last s ...

Kuna kakak (1971), kuza adik (1973)..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya kau berbangga sis...
Tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 11:14 PM | Show all posts
dulu cinta lama dgn x laki,kesian Kuna
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
irsa replied at 24-7-2022 09:40 PM
Kuna, Kuza & Kuni .. Deols 3 beradik ada belakon . Yg plg menonjol is Kuza then sheols Kuna n last s ...

Kuni tu yg berlakon citer Keluarga Iskandar S1 yg jadi bini Zain tu kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 24-7-2022 09:41 PM
toksah la menidakkan duit ex-laki.  ex laki bukan kaleng2 orang.

Sape ex-lakinye tu? Kerabat ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 12:43 AM | Show all posts
zuri154 replied at 25-7-2022 12:19 AM
Sape ex-lakinye tu? Kerabat ka?

businessman...dari family kaya...not sure if he joined politics, tp rasanya ye.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
zuri154 replied at 25-7-2022 12:19 AM
Sape ex-lakinye tu? Kerabat ka?

Google je Datuk Rizalman Dato Mokhtar...
Org kuat Ameno Bdr Tun Razak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 24-7-2022 11:21 PM
Kuni tu yg berlakon citer Keluarga Iskandar S1 yg jadi bini Zain tu kan?

Haah.. yg mak Zain dlm tu panggil cougar tu.. hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061028 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list