View: 1646|Reply: 17
|
Mandul, Ada Jin- Wanita Dihina Tiga Tahun Kahwin Tak Ada Anak, Ibu Mentua Hasut Anak Lelaki Kahwin Lain
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang wanita memendam rasa dengan sikap ibu mentua yang melabelnya dengan pelbagai gelaran hanya disebabkan belum dikurniakan zuriat selepas tiga tahun berumah tangga.
Bukan itu sahaja, ibu mentuanya turut menghasut supaya suami wanita itu berkahwin lain untuk mendapatkan anak.
Itu diceritakan oleh peguam syarie, Atikah Abd. Rashid mengenai kisah wanita yang sudah tidak tahan lagi dengan perangai ibu mentuanya.
Gambar Hiasan
“Ibu mentua tidak puas hati, macam-macam dilabelnya pada si isteri. Mandul, ada jin, keturunan tidak elok dan pelbagai kata-kata tidak baik.
“Sampai satu tahap menghasut anak lelakinya berkahwin lain untuk dapatkan zuriat. Sudah tidak kisah perasaan menantu perempuannya. Si isteri memendam rasa dan sentiasa sedih dengan kata-kata dan perbuatan ibu mentua,” katanya pada hantaran di laman Facebook.
Beliau berkata, suami wanita itu kadangkala terikut-ikut dengan hasutan ibunya.
“Akhirnya si isteri minta cerai sebab tidak tahan dengan perangai ibu mentua. Ibu mentuanya seronok dan menghasut juga untuk anaknya menceraikan si isteri.
“Namun setelah berkahwin dengan wanita lain, lelaki tersebut tetap tiada anak,” katanya.
Dalam pada itu, Atikah menasihatkan, sebagai ibu atau ahli keluarga supaya tidak menjadi batu api antara pasangan yang berkahwin.
“Biarlah mereka lalui segala onak duri perkahwinan sesama mereka. Anak itu bukan boleh ditempah di kedai tapi rahsia Allah. Bila Allah hendak bagi, Allah bagi dan bila Allah tidak berkehendakkan, maka tiadalah ia,” katanya.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
"Anak itu bukan boleh ditempah di kedai tapi rahsia Allah. Bila Allah hendak bagi, Allah bagi dan bila Allah tidak berkehendakkan, maka tiadalah ia,” katanya"
~ni baru betoi..Ada forumer yg bijak pandai seolah2 dilantik sbg sekretari tuhan cakap tuhan tak bg anak pada org sb org tu akan dera anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Isu basi namun open table bakalan jadi port acik2 sentap merempan
|
|
|
|
|
|
|
|
Tabu gamaknya nak memgaku lelaki ramai yang mandul..Wal hal issue masalah kesuburan lelaki lagi mudah nk handle,ramai lelaki Tak mau dapatkan rawatan. .akan tetapi ramai jugak wanita yang tertanam diminda tidak mau beranak kerana keaadaan pasangan yang Tak semengah ie drugs addict, biawak hidup etc |
|
|
|
|
|
|
|
Asal tak ada anak aje, wanita awal2 lagi akan disalahkan. Bertabahlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pokok pangkalnya hati suami tu. Dia ketua keluarga, kalau dia benarkan orang ketiga masuk campur dalam urusan dia, maka jadi lah berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
cuba amalkan konsep kalo aku ke neraka, ko aku tarik sekali. buat sampai mak mentua yg mintak nak cerai dgn anak heshe
kalo aku ada jin sekalipun, ko kene bersyukur aku tak suruh dia kokak kepala beruban ko tu.
kalo aku keturunan tak elok, baguslah. ko pon bukan semenggah sangat. rupa below par, dah tua tak reti nak berbudi bahasa.
gitu aku hasut ummah derhaka dgn mak |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh saman tak kes mcm ni? Atas dasar ibu mertua sebagai org ketiga yang mengganggu gugat rumahtangga. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-7-2022 11:29 AM
Isu basi namun open table bakalan jadi port acik2 sentap merempan
Ahah... tak perlu lah buka or baca thread mcm ni, negative vibess |
|
|
|
|
|
|
|
suka atau tak masih ramai mak mentua yg suka salahkan menantu perempuan utk segala2 nya. cuma tahap sahaja yg berbeza. yg ni mmg kes extreme juga la. as perempuan moh la kita igtkan diri kita sendiri supaya to stop this cycle of mak mentua from neraka. hidup dah x lama. anak lelaki kita tu bukanla hak kita pun semuanya akan kembali kepada Allah swt dan anak kita tu bukan boleh bg syafaat ke ape. biarlah kita buat baik kat semua sama rata. semuanya akan dihisab di akhirat kelak. jom jaga amalan kita dari kita sibok tambah dosa utk bekalan ke neraka. |
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 24-7-2022 09:37 PM
Boleh saman tak kes mcm ni? Atas dasar ibu mertua sebagai org ketiga yang mengganggu gugat rumahtan ...
Boleh sepatut nya.. sbb dlm akta tu takde mention spesifik pompuan penyondol ke apa2... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kahwin saja dengan kapir.. But di islamic class untuk mualaf.... 1st day class lobai ustaz kata nikmat lelaki jadi muslim boleh kahwin 4... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 anak lelaki dia yg tak cukup jantan.... tak mampu nak bg bini ngandung....kuikuikui |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah mak mertua mana nak akui kekurangan anak sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
as i said , cerai sahaja kalau dah tahu terjebak dengan famili in law sebegini sebab manakan ade mwadaah and rahmah kalau benda serious macam ni oun tak dapat diuruskan dengan baik at hubby - wife level?
i mean - wanitani kena berilmu kalau tak ada ilmu dan ingatkan kahwin macam main masak masak beginilah, After 12 months hubungan suami isteri dan dalam konteks malaysia kita tafsir sebagai yg berkahiwn lah , 80% daripada kebanyakan pasangan akan mempunyai anak jika depa tidak menggunakan apa ap akedah merancang keluarga dan after2 years selebihnya.
so , kalau after 2 years , you and your hubby tak dapat anak setelah mencuba, then seek helplah.
it is as simple as that, tak payah libatkan mertua dan tak payah terpengaruh mertua ke ape ke semua yg bodoh bodoh, saahkan metafizikal pulak jin ape semua..i mean sennag je manusia ye, u malas usaha u pindahkan salah tu kat takdir and bebenda metafizik. amboi...
benda yg tak ikut syrak tak payah.
tapi kesianlah sebab see? hubby tu kahwin dengan org lain pun tak dapat anak...tak ke mudharatpada his and her family well being?
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Thanks! Perlu ambik tahu, sebab ramai ada mak mertua atau akan jadi mertua dan ibu kita juga mertua kepada ipar2 kita.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|