CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 826|Reply: 4

Demam, Sesak Nafas, Berkudis- Menderita Sakit Berminggu Sebab Dijangkiti Covid-19 Dan Cacar Monyet Serentak

[Copy link]
Post time 24-7-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode
SEBASTOPOL, CALIFORNIA – Seorang lelaki di California, Amerika Syarikat (AS) dijangkiti Covid-19 dan cacar monyet serentak, menyebabkan dia jatuh sakit selama berminggu-minggu, lapor akhbar New York Post.


Mitcho Thompson dari bandar Sebastopol, memberitahu stesen televisyen NBC Bay Area bahawa dia pada mulanya diuji positif Covid-19 akhir Jun lalu.


Dia kemudian mula mengesan kudis kecil di seluruh punggung, kaki, lengan dan lehernya.




Gambar Hiasan




“Doktor sangat pasti bahawa saya menghidap cacar monyet dan dijangkiti Covid-19.


“Saya bertanya kepadanya, bolehkah saya dijangkiti kedua-dua penyakit pada masa yang sama? Dan dia berkata, ya,” kata Thompson.


Menurut Thompson, dua virus itu membuatkan dia berasa seolah-olah menghidap kes influenza yang teruk.


Dia mengalami demam panas, sesak nafas, menggigil, sakit badan dan luka pada kulit.


“Sangat sakit. Dan paling teruk adalah saya hampir tidak boleh bangun dari katil dan hampir tidak minum air,” tambahnya.


Pakar penyakit berjangkit di Universiti Stanford mengesahkan seseorang boleh dijangkiti kedua-dua virus itu secara serentak.


“Sudah tentu tidak mustahil untuk perkara itu berlaku. Ia hanya nasib malang yang luar biasa. Dua virus itu sangat berbeza,” kata Dr. Dean Winslow kepada NBC Bay Area. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau bukan ummah pride, semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 12:05 PM | Show all posts
jgn la merebak kat malaysia.. tak sanggup nk hadap mcm2 penyakit kena kat budak2
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak abis2 nak membodohkan org..yg percaya tu sememangnya bodoh namatey
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 09:32 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.461739 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list