CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 695|Reply: 3

Yang Lain Lompat Ke Landasan, Wanita Terjun Sungai Selepas Kereta Api Terbakar

[Copy link]
Post time 22-7-2022 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Seorang penumpang wanita di dalam kereta api sedang terbakar di Boston, Massasuchets bertindak di luar kebiasaan dengan terjun ke dalam Sungai Mystic berbanding melarikan diri ke atas landasan, lapor akhbar New York Post semalam.


Video tular yang dirakam dari dalam kereta api semasa kejadian menunjukkan ramai  penumpang memanjat melalui tingkap kereta api dan melarikan diri di atas landasan.




Kredit foto: New York Post




Kejadian berlaku ketika tren itu berada di sebuah jambatan.


Namun, salah seorang daripada mereka memilih untuk terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan diri.


“Seorang penumpang wanita  tidak dikenali melompat dari jambatan di mana kereta api itu terhenti terus ke dalam sungai.




Kredit foto: Boston25News




“Bot marin kami kebetulan berada di sungai untuk latihan dan segera bergegas ke lokasi wanita itu terjun, namun dia enggan masuk ke dalam bot. Anggota kami memberikannya jaket keselamatan dan dia terus berenang ke tebing dan berlalu pergi,” kata Ketua Jabatan Bomba Somerville, Charles Breen.


Kereta api Orange Line itu melintasi Sungai Mystic apabila terbakar sejurus sebelum pukul 7 pagi (waktu tempatan).


Pihak berkuasa berkata, seramai  200 penumpang dipindahkan dari kereta api itu yang menuju ke stesen Somerville. Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.




Kredit foto: New York Post




MBTA berkata perkhidmatan kereta api disambung semula menjelang pukul 10.30 pagi hari yang sama. Punca kebakaran belum didedahkan oleh pihak berkuasa.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hm mesti pati tu takut kena tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cepat pegi kerja agaknya, berenang ke darat, tahan teksi pergi kerja

Kalau naik bot, kena ikut mana bot pergi... Kang lewat masuk kerja
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 09:29 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041590 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list