CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

Rizal Van Geyzel Mengaku Tak Salah Sentuh Sensitiviti Kaum

[Copy link]
Post time 22-7-2022 06:53 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik bersama Kelab Komedi Crackhouse mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video komunikasi jelik yang menyentuh sensitiviti kaum, awal bulan lalu.


Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Nor Hasniah Ab. Razak.








Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui laman sosial Facebook, Instagram dan aplikasi TikTok miliknya menggunakan nama profil masing-masing ‘Rizal van Geyzel’, dan rizalvangeysel pada 4, 5 dan 6 Julai.


Ketiga-tiga hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada 13 Julai lalu.


Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman manakala Mohamad Rizal diwakili peguam bela, Ramkarpal Singh.


Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM12,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu Mohamad Rizal pasport perlu diserahkan kepada mahkamah dan OKS tidak dibenarkan membuat sebarang hantaran berkaitan prosiding kes di media sosial.


Mohamad Rizal membayar jumlah jaminan tersebut hari ini. Mahkamah menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan semula kes.


Pada 14 Julai lalu, media melaporkan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.055456 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list