View: 4656|Reply: 42
|
20 November Tarikh Akhir Telefon Bimbit Zalina Azman Aktif
[Copy link]
|
|
Kali terakhir telefon bimbit bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman dikesan aktif adalah pada 20 November tahun lepas, empat hari sebelum anak lelakinya cuba membuat panggilan kepada wanita itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, menerusi semakan dan siasatan dibuat, pihak polis berpendapat berkemungkinan Zalina hilang lebih awal daripada tarikh yang dilaporkan.
"Kalau anaknya tidak cuba telefon, kita pun tidak tahu dia hilang. Berkemungkinan Zalina telah hilang lebih awal, tapi tidaklah awal sangat sebab kita dah semak dan pada 20 November didapati telefonnya telah dimatikan (tiada rekod panggilan keluar atau masuk).
"Sama ada kerana sudah habis bateri itu kita tidak dapat pastikan,” katanya ketika melakukan lawatan di rumah wanita berusia 58 tahun itu bersama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Mohd Iqbal berkata, keadaan rumah Zalina yang didapati tidak tersusun adalah disebabkan kediaman itu sedang dalam proses pengubahsuaian untuk menjadi sebuah galeri.
Sementara itu, dalam kenyataan beliau berkata polis kini sedang mengesan pekerja yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian bagi membantu siasatan kes kehilangan bekas personaliti televisyen itu.
"Kita masih menjalankan siasatan, kini sedang mengesan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengubahsuaian kediaman itu (rumah Zalina) yang mungkin boleh membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini, seramai enam individu telah dipanggil dan dirakam keterangan sejak laporan polis mengenai kehilangan itu dibuat.
Sebelum ini, Mohd Iqbal dilapor berkata, Zalina dipercayai masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.
Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan itu daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, pada 29 November tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan enam ahli keluarga bekas pembaca berita TV3, Zalina Azman yang dipercayai hilang sejak November tahun lalu telah dirakam percakapan setakat ini.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baikla ada senator RAR yg mnggerakkan social media cari, 8 bulan kes sepi kat pulis.... kalau anak aku la hilang mmg xleh harap pulis la , kena harap socmed influwcer dan netizen baru laju sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah kesudahan berita ni ye.. mudah2an yg baik2 shj |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak mengikuti benang dia kat bodgos so iols cakap ikut suka je ni. I rasa dia dah xda kat dunia ni. Sbb bank dia takda transaction |
|
|
|
|
|
|
|
Orang dah lama bukak thread dia pun hegeh2 nak bukak thread |
|
|
|
|
|
|
|
Atata replied at 22-7-2022 09:22 PM
Iols tak mengikuti benang dia kat bodgos so iols cakap ikut suka je ni. I rasa dia dah xda kat dunia ...
Yup. Iols pun berpendapat begitu.
Dia hilang atau sudah tiada di dunia ni.
Rumah tu mungkin ada petunjuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Atata replied at 22-7-2022 09:22 PM
Iols tak mengikuti benang dia kat bodgos so iols cakap ikut suka je ni. I rasa dia dah xda kat dunia ...
Macam setuju jgak, sama ada perbuatan penjenayah atau mereput akibat covid |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing or anjing hilang pun, sepantas kilat owner terus letak kat FB. Jadi senang org nak keep a lookout. Ini, polis dan2 laaaa kata nak tukar2 info dgn agency2 la bagai. Anak Acik Zally ni pun, satu besar punya bangsat. Sama2 senyap for whatever reason. Kalau lah Acik Zally ni dikhianati and dah takde kat dunia ni, semoga kau tak aman tidur selamanya. Ambik beban tu |
|
|
|
|
|
|
|
Checkla belakang rumah dia tu..dah hampir setahun hilang...kut2 kena tanam kat belakang rumah ke...yela..anak dah la x pernah jenguk... |
|
|
|
|
|
|
|
Though the number is no longer active, the police still can access to phone log records & last active kat area mana via telcos & MCMC kan?
So reveal lah last active kat area mana |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong soal siasat famili beliau/arwah secara lebih lanjut terutama anak dia. Ada 3 orang terlibat. Kalau firasat i salah, maka salah la. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari raya aritu..tak ada yg menjenguk ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gingerly replied at 22-7-2022 11:11 PM
Tolong soal siasat famili beliau/arwah secara lebih lanjut terutama anak dia. Ada 3 orang terlibat. ...
Ape firasat u, agak2... |
|
|
|
|
|
|
|
Daftpunk_shine replied at 22-7-2022 11:28 PM
Hari raya aritu..tak ada yg menjenguk ke..
Kan, macam pelik |
|
|
|
|
|
|
|
kakigebang: nasib baikla ada senator RAR y ...
Gitula kalau kat Msia ni, unless ko vvip... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada guna anjing pengesan ke tak? Cek area rumah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dh mcm kes kna tanam dlm simen, seram btul.
|
|
|
|
|
|
|
|
iraizz replied at 22-7-2022 10:28 PM
Macam setuju jgak, sama ada perbuatan penjenayah atau mereput akibat covid
Iols sbenarnya ada rasa gitu gak tp nk ckp kang nnt ada yg marah plak.
1st hp boleh jd rujukan sbb kita semua blh dikatakan 24jm dgn hp kat tgn kalau lebih drpd 24jm hp tu tak aktif pasti ada sesuatu terjadi.
Dia ni kalau jenis aktif post status whatsapp kalau sehari tak post kawan2 pun patut kena tanya kabar.
Tp kalau jenis mcm iols post status tu kdg2 seminggu sekali je masa wiken susah gaklah kan.
Lagi satu kes ni agak pelik sbb hebahan dibuat agak lambat pastu polis mcm baru nk ikut petunjuk itu ini seolah2 mcm baru skrg nk siasat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|