CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

Melepasi 40 Darjah Celsius, Lebih 1000 Orang Mati Sebab Cuaca Panas Melampau

[Copy link]
Post time 22-7-2022 11:23 AM | Show all posts |Read mode
LISBON – Portugal melaporkan lebih 1,000 kematian akibat gelombang haba, manakala ke­tua kesihatannya memberi amaran bahawa negara berkenaan perlu melakukan persiapan untuk menghadapi fenomena perubahan iklim ketika suhu panas berterusan, lapor akhbar New York Post.


“Portugal menjadi antara kawasan di dunia yang dijangka lebih teruk terjejas oleh haba melampau. Kita perlu lebih bersedia untuk berdepan tempoh suhu yang tinggi,” kata Graca Freitas yang merupakan ketua pihak berkuasa kesihatan Portugal, DGS.




Foto: AFP




Suhu di seluruh Portugal yang dilanda kemarau, melepasi 40 darjah Celsius minggu lepas. Walaupun bacaan termometer menurun sejak beberapa hari lalu, Freitas berkata, suhu musim panas kekal melepasi paras normal untuk tahun ini.


DGS sebelum ini melaporkan 238 kematian akibat bahana gelombang haba dari 7 hingga 13 Julai lalu. Akan tetapi Freitas berkata, jumlah kematian kini meningkat kepada 1,063 orang untuk tempoh sehingga 18 Julai lepas.


Suhu tinggi, kemarau berterusan dan pengurusan hutan yang lemah menjadi punca kepada sebilangan kebakaran hutan yang berlaku di seluruh Portugal pada tahun ini.


Selain Portugal, anggota-anggota bomba juga bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan di negara-negara selatan Eropah yang lain termasuk Sepanyol.


Penyelidik Fakulti Sains Universiti Lisbon, Carlos Antunes dalam satu temu bual berkata, data menunjukkan mereka yang berisiko tinggi mati akibat gelombang haba adalah orang tua.


Menurut beliau, jumlah kematian pada masa hadapan bergantung kepada langkah pencegahan yang diamalkan oleh orang ramai untuk melindungi diri mereka, bagaimana rumah jagaan menjaga penghuni mereka dan penyesuaian infrastruktur.


“Dengan perubahan iklim, jumlah kematian dijangka meningkat. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah di peringkat negara untuk meminimumkan kesannya,” kata Antunes. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042500 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list