CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1830|Reply: 3

Mizz Nina Nafi Perkongsian Di IG Ada Kaitan Dengan Masalah Rumah Tangga

[Copy link]
Post time 22-7-2022 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Mizz Nina menafikan perkongsian di Instagram (IG) baru-baru ini memberi bayangan mengenai status rumah tangganya.


Mizz Nina menerusi ruangan komen membidas paparan yang dimuat naik beberapa hari ini memberi gambaran rumah tangganya dikatakan retak menanti belah.


Foto:




"Ini bukan kenyataan saya, ini adalah paparan yang dimuat naik semula daripada sebuah aplikasi iaitu Qalbyapp FB.


"Saya sentiasa memuat naik perkongsian sebegini dan bukan pada ketika ini saja," tulisnya.




  



Mizz Nina terus mencetuskan spekulasi hingga ada yang beranggapan hantaran dimuat naik menerusi akaun Instargam (IG) mempunyai kaitan gosip krisis rumah tangga bersama suaminya, Noh Salleh yang kini menjadi bualan hangat.


Menerusi perkongsian dimuat naik semula Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, berkenaan, ia seolah memberi bayangan yang dirinya kini berdepan dengan situasi sukar dan mengharap petunjuk dari Allah sebagai jalan penyelesaian.


  



"Sesetengah perkara berlaku dalam hidup, naik atau turun, kesukaran dan dipermudahkan, semuanya Allah hantar sebagai petunjuk adakah kita berada di landasan yang benar.


"Allah tidak berkomunikasi dengan kita seperti berbicara dengan nabi, tetapi ada tanda diberikan untuk kita lihat, renung dan bertindak ke atasnya.


"Bila melakukan sesuatu dan berasa tenang dengannya, itu bermakna kita melakukannya dengan baik dan betul. Itu membawa petanda, Allah sedang membimbing kita.




  



"Bagaimanapun, jika masih lagi kabur atau berasa was-was apakah berada di jalan yang benar, bacalah ayat Sakeenah, panjatkan doa kepada Allah dan perhatikan sekeliling untuk mencari petunjuk dan apa yang dirasakan," tulisnya.


Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sebelum ini Noh menafikan krisis rumah tangga dialami dan menegaskan bahawa dakwaan itu sebagai berita palsu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde org komen ke? Hmmm… Tak juicy rupanya cerita ni…
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgh2 org speku hal rumahtangga buat perkongsian mengundang
Ujung2 netizen je memandai2 buat andaian
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang iols perasan dari zaman nina mula2 berhijrah lagi dia suka share ayat2 deep mcm tu. Agak nya yg boleh timbul gossip noh nina nak cerai ni mungkin drpd org yg jarang tengok socmeds nina pastu bila ternampak nina share ayat2 mcm tu terus speku ada masalah rumahtangga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 09:28 PM GMT+8 , Processed in 1.713369 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list