CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1367|Reply: 4

Zahiril Adzim Rugi Ribuan Ringgit Ditipu Pembekal Dari Negara Seberang

[Copy link]
Post time 22-7-2022 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Sumber IG


Sedih dan 'bengang'. Itulah perasaan pelakon, Zahiril Adzim apabila menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pembekal pakaian dari Indonesia.



Menerusi rakaman temu bual mStar bersama pelakon itu, kesemua baju yang dihantar oleh pembekal berkenaan tidak boleh dijual kerana kualiti teruk dan tidak memuaskan mengakibatkan dia kerugian RM6,000.



Bagaimanapun, aktor berkenaan reda dan berlapang dada serta menyifatkan insiden tersebut sebagai pengajaran dalam menjalankan perniagaan. Insiden berkenaan adalah asam garam dalam dunia perniagaan.



  



"Sebelum ini buat dengan pembekal yang okay tapi mereka sibuk dan tidak dapat siapkan tempahan dalam masa ditetap. Jadi, dengan syarikat pembekal baharu, ini adalah kali pertama saya membuat tempahan dengan mereka.



"Macam biasalah, mula-mula tu bagi janji manis. Tapi, mula rasa sangsi apabila mereka asyik push.  Dah bayar 50 peratus, mereka push lagi untuk bayaran penuh. Tetapi, barang yang kami terima sangat mengecewakan. Kualiti memang teruk, kalau bahasa kasar kata memang sampah... dengan jahitan senget.



"Mula-mula rasa bengang, marah tapi apabila fikir balik ini adalah ujian. Biasalah, buat bisnes cuma terkilan sebab baru belajar berniaga dan itulah modal. Apabila kena tipu memang terduduk kejap. Barang-barang memang langsung tak boleh jual," katanya.



Sumber mStar

Sumber mStar


Tidak berdiam diri, Zahiril cuba menghubungi pembekal berkenaan namun nombor telefon serta akaun media sosialnya disekat oleh pihak berkenaan. Pelakon itu turut menggunakan akaun peribadi untuk mencari jalan penyelesaian namun masih belum berjawab.



Walaupun pahit, namun kejadian itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan perniagaan yang diusahakannya itu.






  




"Saya tidak akan mengalah dan serik cuma selepas ini akan lebih berhati-hati. Satu perkara yang saya belajar, dalam perniagaan ini ada turun naik dan saya bergantung sepenuhnya kepada Allah," katanya yang terpaksa menempah sesetengah barangan jualan dari luar negara yang menawarkan material produk yang dihendakinya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual je as rejected item..at least dpt sikit xla sakit hati sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Still boleh jual dgn harga lagi murah la. Selain beto, dia ni pon fav actor aku..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sakit gak keluar duit byk tp kena scam mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Adanuker.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.036056 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list