CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 876|Reply: 1

Santau Dituju Pada Ibu Wani Kayrie Turut 'Memakan' Pekerja

[Copy link]
Post time 21-7-2022 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Wani Kayrie mendedahkan kesihatan ibunya, Rukiah Kalapukong bertambah baik selepas didakwa cuba disihir pihak yang tidak berpuas hati dengan perniagaan kedai makan mereka di Sabah sebelum ini.


Jelas Wani, sihir yang pada mulanya cuba ditujukan kepada ibunya itu turut 'memakan' beberapa pekerja lain di kedai makan ibunya itu.




IG Wani




"Kesihatan ibu saya semakin pulih meskipun ibu saya tidak seteruk seperti ibu saudara yang menguruskan kedai makan di Sabah. Semuanya kembali pulih secara perlahan-lahan.


"Sihir ini sebenarnya ingin ditujukan kepada pemilik kedai (mama Wani), tetapi terkena kepada pekerja-pekerja.


"Kalau untuk mama saya disini, kami belum lagi berjumpa dengan mana-mana ustaz untuk berubat, tetapi penjagaan rohani seperti solat dan zikir kami perbanyakan lagi.


"Dan kedai di Sabah itu masih beroperasi seperti biasa, kerana pada saya jika saya tutup mereka (penyihir) akan gembira, jadi kami bertekad untuk terus beroperasi meskipun sedar jualan ada waktunya naik dan turun," katanya kepada Gempak.


Tambah anak kelahiran Sandakan, Sabah itu, meskipun gangguan misteri masih berlaku di sekitar kawasan kedai, namun dia dan keluarga terus berikhtiar kepada Allah.


"Kami terus ikhtiar dan tawakal kepada Allah, jika mereka masih ingin menganggu juga biarkan sahaja mereka, kami tidak akan berhenti kerana saya dan mama ikhlas dalam mencari rezeki.


"erkara mistik itu memang ada berlaku di kedai, kami jumpa botol-botol kecil belakang kedai, bila kami nak buang, botol itu terbakar dengan sendiri. Ada juga yang memberi tahu kami, kedai selalu tutup.


"erkara santau ini bukan perkara biasa, ini melibatkan nyawa dan kesihatan orang.


"Dalam kehidupan sekarang memang kita tidak boleh lari dari perasaan dengki orang, yang paling penting pada saya adalah menjaga diri sendiri dan selebihnya itu urusan dia dengan Allah," tambahnya.




IG Wani




Justeru, Wani berpesan agar sentiasa berhati-hati dengan individu sekeliling dan sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada hasad dengki manusia.


"esanan saya, jika kita berkenalan dengan sesiapa sekalipun sama ada kawan atau keluarga, andai mereka memberi kita satu aura negatif yang  jahat, elok kita berjauhan untuk kebaikan kita.  


"Bukan niat untuk memutuskan silarurahim tetapi itu adalah langkah berjaga yang terbaik sebelum orang mengambil kesempatan ke atas kita," ujarnya.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 10:09 AM | Show all posts
ouhh sabah rupanya dia ni.. ptt suara sedap gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.035511 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list