CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 848|Reply: 1

Petani terkejut lihat anak ayam berkaki empat

[Copy link]
Post time 21-7-2022 01:45 PM | Show all posts |Read mode

Nong Nam Chok mengalami keadaan kecacatan kelahiran genetik dan sejenis kecacatan kongenital anggota badan. – Thaiger

Petani terkejut lihat anak ayam berkaki empat

BANGKOK – Seorang petani di wilayah Nong Khai, Thailand, terkejut apabila mendapati seekor anak ayam yang dibelinya mempunyai empat kaki dan dua punggung, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lelaki bernama Idisak itu membeli 1,000 ekor anak ayam betina dan meletakkan haiwan-haiwan tersebut di dalam reban miliknya di Big Bum Farm.

Salah seekor ayam itu mencuri perhatian Idisak kerana keadaan fizikalnya yang luar biasa.

“Saya membela ayam selama 15 tahun dan sepanjang tempoh tersebut, saya  tidak pernah melihat anak ayam mempunyai empat kaki dan  dua punggung,” katanya.

Berita mengenai anak ayam itu pantas  tersebar  dengan  orang ramai mengunjungi ladang ternakan  Idisak bagi melihat sendiri keganjilan tersebut.

Ayam itu bahkan diberi nama Nong Nam Chok, bermaksud si kecil yang membawa tuah.

Ada antara penduduk kampung  datang ke situ setiap hari dengan harapan agar haiwan itu dapat membawa kemewahan kepada mereka selain ada yang membuat ramalan nombor ekor.

Kejadian anak ayam berkaki empat pernah dilaporkan di China, India dan Thailand dengan nama saintifik bagi ke­adaan itu adalah  polymelia.

Polymelia merupakan sejenis kecacatan genetik di mana anak ayam yang mengalami sindrom tersebut mempunyai lebihan anggota badan yang mengecut atau cacat. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ayam-berkaki-empat/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 12:44 PM | Show all posts
Mutant ler tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060393 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list