CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3957|Reply: 19

Perniagaan Haqiem Rusli Terjejas, Pelanggan Tak Puas Hati Tularkan Video Di Media Sosial

[Copy link]
Post time 21-7-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Sumber IG


Penyanyi, Haqiem Rusli mendedahkan perniagaannya terjejas selepas tular video memaparkan seorang pelanggan tidak berpuas hati dengan kedudukan mejanya di restoran milik penyanyi berkenaan.



Walaupun kejadian tersebut berlaku pada Ramadan lalu, namun kesan penularan rakaman berkenaan masih terasa. Bagaimanapun, penghibur berusia 24 tahun itu enggan mengambil sebarang tindakan meski pun perbuatan pelanggan itu menjejaskan resputasi Santhai Village.



Dia menganggap perkara yang diperkatakan oleh pelanggan itu hanyalah cerita rekaan semata-mata.



  



"Kejadian itu berlaku sebelum waktu berbuka puasa dan kami membuka meja lebih disebabkan pelanggan yang ramai tetapi bukan di kawasan kedai.



"Kalau kami tak buat macam tu mungkin dia tak dapat berbuka puasa ketika itu.



"Tiada sebarang keperluan untuk saya beri maklum balas mengenai hal tersebut kerana ia bukan salah kami. Memang terkilang kerana apa yang berlaku sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan," katanya kepada mStar.



  



Kata Haqiem lagi, sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan hati boleh terus ke kaunter untuk membuat aduan atau berjumpa dengannya.



"Kalau saya jadi dia, tak perlu post di media sosial kerana boleh tutup periuk nasi orang lain. Ia satu perbuatan dosa. Tidakkah dia rasa kasihan dengan peniaga seperti saya?



"Kalau ada masalah boleh terus buat aduan di kaunter atau berjumpa saya jika berada di sana. Apa yang berlaku adalah urusan dia dengan Tuhan. Tak perlu saya ambil tindakan," katanya.



  



Untuk rekod, pelanggan tersebut menerusi sebuah rakaman meluahkan rasa kecewa apabila kedudukan mejanya jauh daripada tempat mengambil makanan selain tiada pencahayaan di tempat itu. -CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahu pun psl kes ni biasalah dik qiem org zaman skrg apa2 hal content dulu. Tegur di media sosial
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
fikir la jugak customer kalau dok situ selesa ke x, gelap2x makanan pon x nampak. bukannya fikir untung je. sila concern lebih sikit dan bertanggungjawab, tu tugas org berniaga. org complaint, minta maaf ke x. customer bayar kot.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:46 PM | Show all posts
kalau dpt meja dkt tempat tak sesuai ke apa ke cari la kedai lain...
kedai mamak tempat iols open table sampai ambik tempat khas parking... betul2 tepi jalan... kalau kene sauk dgn driver mabuk tu innalillahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 02:52 PM | Show all posts
ahh persetankan aja. ada certain customers memang kaki complain, kaki gaduh
nanti ko lama2 dalam f&b biasa la dengan perangai manusia.

terutama bulan puasa waktu berbuka. memang havoc. lumrah

macam kedai kami, bulan puasa, buka untuk tempahan.
tapi kalau nak reserve, wajib walk-in, pilih meja sendiri nak duduk mana, pastu bagi menu, diorang order dulu siap-siap, pastu bayar kat kaunter. prepare cash, kadang2 mesin card tu down.

pukul 11 pagi orang dah datang buat reserve.
pukul 4 - 4.30 petang biasanya dah fully reserved. sapa datang lepas tu auto, "Maaf, fully reserved, takde meja, penuh. Sila datang semula pukul 8.30 - 8.45 nanti."

itupun kena complain, asal nak datang makan penuh, asal nak datang makan penuh.
laaaa engko datang pukul 5, pukul 6 sapa suruh. orang lain gigih datang dari tengahari buat tempahan. engko sapa nak komplen komplen.

ada tu gigih, tunggu kat meja makan dari pukul 4 sampai waktu berbuka. risau benor meja kerusi dia orang amik. padahal kita dah letak [RESERVED] kat meja diorang.

jangan sebab nak amik customers baru datang, bukak meja baru
kesian kat staff ko. dah la kedai full.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah penuh, cakap je la minta maaf. Pandai la pelanggan tu nak cari kedai lain. Jangan la tamak sangat dan main bukak je meja tu di tempat tak sesuai. Bila kena kutuk, macam2 alasan pulak. Kalau dia minta maaf dan senyum, pelanggan tu sejuk hati dan takde nak viral. Hospitality di malaysia ni teruk. Kedai ke, hotel ke.. Macam kita nak ambik barang tu free je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 03:22 PM | Show all posts
Marketing much?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:38 PM | Show all posts
dia pakai sunglasses lebih hensem dr pakai eyeglasses ...

x tahu pun pasal restaurant dia...marketing ke ni..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 04:04 PM | Show all posts
Adrif replied at 21-7-2022 02:52 PM
ahh persetankan aja. ada certain customers memang kaki complain, kaki gaduh
nanti ko lama2 dalam f&b ...

ha'ah sama la, memang selalu macamni tapi lagi2 bulan puasa...motip nak complaint macam takde tempat lain nak makan hello common sense kot... kalau penuh... penuh la...
macam tempat parking jugak... kalau penuh... penuh jugak... cari la parking tempat lain... kalau nak tunggu kami tambah meja ke renovate dan beli tanah untuk expand kawasan bukannya boleh berlaku dalam sejam... tak boleh fikir jugak manusia ni pun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 04:08 PM | Show all posts
Benda masa bulan puasa baru arini nak up? Pegi kelas semang sesadok ke buat marketing murahan camni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pulak dia kata  bukan salah dia. Sebelum dia bagi seating cakap lah kat customer tu je yg ada ok ke tak. Orang da tak happy bagi lah voucher makan to amik ati.Customer service mana.Customer nak makan bukan nak pikirkan strategy cara nk complain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
"Bukan Salah Kami"



lenkali jgn tamak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai dia mmg kena call dulu kan yklrh walk in...ok jgk kedai dia..tkle mahal sgt..n sedappp
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:42 PM | Show all posts
"Tiada sebarang keperluan untuk saya beri maklum balas mengenai hal tersebut kerana ia bukan salah kami. Memang terkilang kerana apa yang berlaku sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan," katanya kepada mStar.


Terkilang sgt ko eh jang?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cahaya_almas replied at 21-7-2022 06:02 PM
Kedai dia mmg kena call dulu kan yklrh walk in...ok jgk kedai dia..tkle mahal sgt..n sedappp

resto apa santhai village ni? kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 21-7-2022 08:21 PM
resto apa santhai village ni? kat mana?

Kt setapak...berderet kedai makan kt sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg komplen tu baru sedar ke dh habis bln ramadan? Awat lewat sgt nk luah at soc med pon? Kalau ni marketing, too bad! cuba cari idea lain lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian laaa kt dik qiem..nt deepress lg dia naya dhlaa nk jd bapak dh
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Akem lepas kawen sendu.. Tiba2 up cerita bulan puasa yg dah berbulan lepas
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
cruz2 replied at 25-7-2022 01:02 AM
Yg komplen tu baru sedar ke dh habis bln ramadan? Awat lewat sgt nk luah at soc med pon? Kalau ni ma ...

Komplen tu masa bulan pose la sis. Tahnape reporter baru nk tanya qiqim pasal ni. Mgkin sbb qiqim sendu sgt terpaksa la tanya isu basi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.293654 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list