CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 854|Reply: 4

Wanita Takut Besi Dalam Kafe Adalah Gelandangan, Bukan Zalina Azman

[Copy link]
Post time 21-7-2022 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Polis mengesahkan wanita mirip Zalina Azman yang didakwa singgah ke sebuah kafe di Seksyen 9 pada Ahad lalu bukan bekas personaliti televisyen tersebut sebaliknya adalah gelandangan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim ketika ditemu bual dengan Buletin 9 pada Rabu memaklumkan perkara itu selepas membuat semakan dan berkunjung ke lokasi berkenaan untuk mengesahkan dakwaan tersebut.








"Selepas berita hebahan kehilangan Zalina Azman kita menerima beberapa maklumat daripada orang awam mengatakan melihat kelibatnya di sekitar Shah Alam, taman tasik, restoran dan sebagainya.


"Bagaimanapun selepas kita buat semakan dan pergi ke tempat-tempat yang diberitahu dan berjumpa dengan individu-individu berkenaan mendapati bukan orang yang kita cari.


"Memang ada jumpa tetapi wanita itu adalah gelandangan dan bukannya Zalina Azman," katanya.


Terdahulu, mStar melaporkan pemilik kafe di Seksyen 9 Shah Alam mendakwa wanita mirip Zalina muncul di restoran miliknya kira-kira pukul 1 petang dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.


Insiden itu diceritakan oleh Mosyuki Borhan di Twitter miliknya pada Selesa selepas tersentak membaca laporan tentang kehilangan seorang bekas personaliti televisyen terkenal.


Meskipun tidak dapat dipastikan wanita yang hadir ke kafe itu adalah Zalina namun lelaki itu terpanggil untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang ada kaitan dengan misteri kehilangannya.


Sementara itu, Mohd Iqbal turut memaklumkan belum merakam percakapan individu yang mendakwa melihat kelibat Zalina namun akan meneliti rakaman kamera litar tertutup berdekatan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.


Pihaknya juga masih mengharapkan maklumat disalurkan bagi membantu siasatan dan pencarian sehingga Zalina ditemui.


Pada malam Isnin lalu, pihak berkuasa memaklumkan kehilangan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berumur 58 tahun.


Fizikal Zalina turut disifatkan sebagai berkulit hitam manis, bertubuh kecil selain alamat terakhirnya di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.


Anak lelaki Zalina membuat laporan tentang kehilangannya sejak 29 November tahun lalu selepas usaha mencari dan menghubungi sejak 24 November lalu gagal bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 11:32 AM | Show all posts
sajela tu pemilik kafe nak tumpang glemer
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon replied at 21-7-2022 11:32 AM
sajela tu pemilik kafe nak tumpang glemer


Xbaik...sekarang kurang dia membantu juga...patutnya polis tangkap gelandangan tu dan buat ujian pengecaman..kalau bukan, mohon hantar ke jabatan kebajikan jika warga malaysia...others hantar ke imigresen
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:21 PM | Show all posts
sebenarnya pendedahan brother cafe tu akan mendedahkan ancaman bahaya kepada zalina sekiranya dia sedang menyorok..mungkin niatnya nak bantu kan...moga yang baik2 sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:49 PM | Show all posts
Kan ko jugak yang sebelum ni bukak benang kata dia Zalina Azman kenapa tak update kat benang yang sama kata itu fake news?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060472 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list