CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 556|Reply: 4

Balas Buli, Pesakit Mental Parah Dipijak Rakan Sebilik

[Copy link]
Post time 20-7-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Berang kerana sering menjadi mangsa buli, dua pesakit mental bertindak balas memukul dan memijak rakan sebilik mereka hingga mengalami kecederaan serius dalam kejadian di sebuah pusat jagaan mental di daerah ini, baru-baru ini.


Mangsa berusia 49 tahun itu kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) akibat tidak sedarkan diri akibat cedera parah di bahagian pinggul, selain tulang tapak kaki kanannya patah dibelasah dalam kejadian 12.40 tengahari, 11 Julai lalu.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa menghuni pusat jagaan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu bersama 59 lagi pesakit mental di situ.




Gambar hiasan




“Kejadian mangsa dibelasah dua penghuni pusat itu hanya diketahui kakak dan abangnya yang menetap di Kulim pada Ahad lalu selepas adik mereka tidak sedarkan diri ketika dibawa mendapatkan rawatan di HSAH oleh petugas pusat jagaan berkenaan.


“Selepas melihat keadaan adiknya yang mengalami kecederaan serius, abang mangsa yang merupakan tukang paip kemudiannya membuat laporan polis untuk meminta siasatan dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini.


Menurut Zaidi, hasil siasatan mendapati, kejadian itu berpunca daripada tindakan awal mangsa yang sengaja memijak dua penghuni lelaki itu yang berumur 33 dan 21 tahun semasa mereka sedang tidur di atas lantai salah sebuah asrama di situ.


“Kedua-dua penghuni itu kemudian dikatakan membalas perbuatan mangsa dengan memukulnya kembali menyebabkan dia mengalami kecederaan. Ekoran kecederaan dialami mangsa dibawa mendapatkan rawatan di sebuah klinik pada 12 Julai lalu,” katanya.


Menurut Zaidy, pada pukul 12.40 tengahari, 17 Julai lalu mangsa ditemui tidak berdaya di tempat tidurnya sebelum dihantar ke Jabatan Kecemasan HSAH untuk pemeriksaan lanjut.


“Kita telah merakam percakapan pengadu dan saksi kejadian untuk membantu siasatan yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan cedera parah,” katanya.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 05:07 PM | Show all posts
perbuatan balas tu mcm org normal

tp dorg ni sah2 lh ada lesen besar

ms kejadian bls tu harus dh ala2 planet of the apes

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira pergaduhan sesama orang giler ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pergi pijak orang tu tengah baring dah nape
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 07:51 PM | Show all posts
Bahaya bila mental dengan si mental bergaduh pasti parah hasilnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.082106 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list