View: 1344|Reply: 10
|
Salah Lokasi Mendarat Payung Terjun Video Lama, Tapi Kenapa Sebut Askar Malaysia Je?
[Copy link]
|
|
Video tular di aplikasi TikTok menunjukkan askar Malaysia melakukan pendaratan payung terjun di lokasi yang salah merupakan video lama semasa Eksesais Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) pada 2013.
Markas Tentera Darat dalam kenyataannya memaklumkan penerjunan itu dilakukan ketika eksesais berkenaan diadakan di Medan, Indonesia pada 7 hingga 12 Jun 2013 oleh penerjun dari Grup Gerak Khas (GGK) dan Tentera Darat dan Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS) Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat.
TikTok
"Insiden berkenaan berlaku selepas pelepas yang merupakan anggota KOPASSUS melepaskan para penerjun ketika keadaan angin sedikit kencang yang menyebabkan kesemua penerjun GGK dan KOPASSUS tersasar dari kawasan pendaratan yang telah didaftarkan.
"Tentera Darat menyangkal kenyataan berita yang mengatakan hanya anggota GGK sahaja tersasar dari kawasan pendaratan sebaliknya melibatkan anggota-anggota kedua-dua buah angkatan," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak menularkan lagi video berkenaan dan tidak meninggalkan sebarang komen negatif terutama yang mempunyai unsur provokasi kepada kedua-dua negara.
Terdahulu, tular satu video di TikTok bertajuk 'Tentera/Askar Terjun Payung Malaysia Salah Mendarat' yang diambil dari saluran televisyen Indonesia menunjukkan tentera Malaysia mendarat di kawasan yang salah dan telah diselamatkan warga tempatan.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
indon
semua nak claim nak menang
terang2 situ kopassus pun salah landing
news bongok macam friskies |
|
|
|
|
|
|
|
Indon kaki claim dan bajet bagus berpisah tiada...Kalau askar dia salah landing latihan kat mlysia ni mau disalahkan gomen mlysia tak planning betol² |
|
|
|
|
|
|
|
Bila info tak diselidiki dulu benar atau tidak macam tu ler jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber
Menurut Sel Perhubungan Raya Markas TDM, video yang tular di laman sosial itu adalah ketika anggota TDM menjalani Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) – 8AB/2013 yang diadakan di Medan, Indonesia bermula dari 7 hingga 12 Jun 2013.
“Penerjunan itu dilakukan oleh penerjun dari Grup Gerak Khas (GGK), TDM dan Komandu Pasukan Khusus (KOPASSUS), TNI Angkatan Darat,
“Pelepas yang merupakan anggota KOPASSUS telah melepaskan para penerjun ketika keadaan angin sedikit kencang yang menyebabkan kesemua penerjun GGK dan KOPASSUS tersasar dari kawasan pendaratan yang telah didaftarkan,” jelas kenyataan itu.
TDM turut menyangkal kenyataan berita yang mengatakan hanya anggota GGK sahaja yang tersasar dari kawasan pendaratan sebaliknya melibatkan anggota-anggota kedua-dua buah angkatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
indon dengan provokasi berpisah tiada..
indon akan create issues to make themselves feels better, kalo issues proven wrong, then depa start play victim.. |
|
|
|
|
|
|
|
............................ |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn Korea pun dorg gaduh pasal jet baru tu..
Perangai tak harmoni |
|
|
|
|
|
|
|
sehari tak kecam orang tak gaduh ngan jiran memang rasa tak lengkap hidup seharian bagi warga ulu indonesia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|