View: 11424|Reply: 113
|
"Saya Takut Besi,"-Nampak Cemas Dan Menggigil, Pemilik Kafe Dakwa Dikunjungi Wanita Seperti Zalina Azman
[Copy link]
|
|
Berita kehilangan Zalina Azman seolah-olah mendapat petunjuk baharu apabila ada individu mendakwa melihat seorang wanita seperti bekas personaliti TV3 itu pada Ahad lalu.
Individu berkenaan menerusi Twitter miliknya iaitu Mosyuki Borhan mendakwa seorang wanita seperti Zalina muncul di kafe miliknya iaitu Dos Cafe di Seksyen 9 Shah Alam, Selangor kira-kira 1 petang dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.
Foto: mStar
"Ketika di kaunter hendak memesan makanan, dia toleh belakang, kanan dan kiri. Agak mencurigakan. Apabila saya tanya okay atau tidak, dia hanya mendiamkan diri.
"ekerja yang lain memintanya duduk terlebih dahulu dan mengambil pesanan kemudian. Dia tidak banyak bercakap tapi apa yang keluar daripada mulutnya adalah 'saya takut besi'.
"Bercakap dalam keadaan takut, macam ada benda yang berlaku," katanya.
Mosyuki berkata, reaksi wanita itu mungkin disebabkan di dalam kedainya terdapat banyak besi.
Bercerita lanjut mengenai wanita itu, Mosyuki berkata, pada awalnya individu itu kelihatan takut untuk masuk ke dalam restoran dan dia berdiri lama di hadapan pintu.
Tidak pasti mengapa dia berkelakuan demikian namun wanita itu mungkin teragak-agak untuk masuk kerana tombol pintu diperbuat daripada besi.
"Masa nak keluar kedai, dia langgar sahaja pintu sebab tidak mahu pegang tombol. Saya kasihan melihatnya. Nampak macam kelaparan tapi dia terus berlalu pergi sebab dia macam insecure, takut dan rasa terancam.
"Kami pun ikut keluar kedai dan tengok arah mana dia pergi. Dia berjalan tanpa arah macam mencari sesuatu. Laju," jelasnya.
Ketika itu kami cuma berharap dia selamat sahaja masa itu malah tidak sempat untuk menawarkan makanannya kepadanya.
Insiden yang melekat di minda Mosyuki itu membuatnya tersentak apabila pada malam Isnin mereka membaca laporan tentang kehilangan seorang bekas personaliti televisyen terkenal.
Mosyuki memberitahu dia menjadi tidak senang duduk dan rasa berdebar kerana teringatkan wanita yang datang ke kedai mereka.
Tidak berlengah, dia terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis, Shah Alam.
"Sebab perwatakan, saiz tubuh badan dan warna kulit dia sama macam dalam laporan polis.
"olis kata pemakaian dia sama macam masa dia hilang. Pakai jaket apa semua," ujarnya.
Sementara itu, Mosyuki berkata, meskipun belum dipastikan wanita yang hadir ke restorannya itu adalah Zalina namun dia terpanggil untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang ada kaitan dengan misteri kehilangannya.
"ertama kali saya tengok orang takut besi. Saya bimbang wanita ini pernah kena culik ke atau diseksa ke sampai trauma dengan besi.
"Dia pegang duit macam itu sahaja, tiada dompet atau barangan lain. Kasut pun pakai tidak betul sebab tali tidak berikat," katanya.
Mosyuki turut berharap pihak polis akan menyemak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut bagi membantu misi pencarian Zalina.
"Saya harap kalau yang datang itu Zalina Azman, semoga dia dijumpai, dia nampak sangat ketakutan.
"Kalau pun itu bukan dia, harap wanita itu pun selamat," katanya.
Berita kehilangan Zalina atau Zalina Shaharah Azman, 58, yang didedahkan polis Isnin menggemparkan apabila bekas personaliti TV3 itu gagal dijejaki sejak November tahun lalu.
Pelbagai spekulasi dibuat tentang kehilangan Zalina sehinggakan rakan baiknya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi bertindak melakukan misi pencariannya bermula pada malam Selasa.
Zalina merupakan bekas penyampai berita TV3 dan mengendalikan rancangan Money Matters.
Beliau dikatakan tinggal di Seksyen 3, Shah Alam dan pernah menunaikan haji pada 2011. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakhbar.. mudah2an dijumpai la dlm keadaan selamat.. meaning dia masih di shah alam.. klau dh 2 3 org nmpk dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian betul la. Ke dia mmg ada dementia? Dia pon xingat rumah dkt mana. Tekejut tgk gmbar dgn ras adiba tu lain sgt2. Family pon nk sorok2 maklumat, susah org nk bantu |
|
|
|
|
|
|
|
Takut besi? Mcm pelik je... |
|
|
|
|
|
|
|
Fikir kat mana lah dia bermalam, kesiannya acik Zalina. Ras Adiba & the gang pun dah turun to locate her. Moga cepat ditemukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak berubah betul fizikal dia nih. Maybe sebab faktor usia jugak.
Apa pun semoga selamat dijumpai dalam keadaan baik. |
|
|
|
|
|
|
|
'Saya tak putus harapan cari Zally'
Oleh Zaidi Mohamad - Julai 20, 2022 @ 12:47am
[email protected]
SHAH ALAM: Kasih terhadap sahabat membulatkan tekad Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 54, melancarkan misi menjejaki bekas personaliti TV3, Zalina Azman di beberapa kawasan kediaman dan tumpuan ramai di bandaraya ini, sejak 9 malam tadi.
Ditemani suami, Mohamed Azam Ali; teman rapat, Juita Jalil dan seorang kru TV3, Ras Adiba meronda di sekitar kediaman Zalina di Jalan Ketiau, Seksyen 3; Bulatan Kayangan dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi mencari petunjuk di mana sahabatnya menghilangkan diri sejak November tahun lalu.
"Kami juga sempat pusing Seksyen 24 dan Seksyen 27. Malah, lokasi popular di Shah Alam seperti Hotel Concorde dan restoran McDonald's kami kunjungi untuk mengesan Zalina," katanya kepada BH Online.
Ras Adiba berkata, selepas lebih dua jam rondaan dibuat, beliau belum mendapat sebarang petunjuk yang memungkinkan Zalina dikesan.
"Saya dimaklumkan ada pihak yang nampak kelibat Zalina di sekitar Shah Alam, sebelum ini. Namun, sukar dipastikan apakah betul andaian itu.
"Disebabkan itu, saya dan teman-teman tidak putus harapan untuk mencari Zalina hingga awal pagi ini," katanya. Ras Adiba berkata, teman-teman suaminya juga membuat rondaan di lokasi berasingan, di sini.
"Sekumpulan sahabat suami yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan motosikal berkuasa tinggi turut serta dalam misi pencarian ini.
"Tetapi, kami belum dapat apa-apa isyarat atau petunjuk mengenai kehilangan Zalina," katanya.
Bercakap kepada BH Online, Ras Adiba mengaku dapat merasai kesedihan dilalui Zalina pada pertemuan terakhir mereka, dua tahun lalu, iaitu sebelum pandemik COVID-19 memuncak.
Malah, pada pertemuan itu, Ras Adiba dapat merasai pelukan terakhir Zalina bagai memberi bayangan kesedihan yang dilalui sahabatnya itu.
"Ketika itu, saya dapat merasai kesedihannya ketika kami berpelukan. Cuma, mengenali Zally (Zalina), dia cukup menjaga privasi, jadi kami ada batasan.
"Zally memaklumkan sudah berpisah dengan bekas suami. Malah, dia beritahu mahu berpindah ke Shah Alam iaitu rumah yang didiami sebelum menghilangkan diri.
"Malah, dia mengajak saya ke rumahnya. Saya perhatikan berat badannya amat susut seperti gambar yang saya kongsi di Instagram (IG).
"Selepas itu, kami hanya berhubung menerusi telefon bimbit dan tidak lagi bertemu," katanya.
Polis dilaporkan sedang giat mencari Zalina atau nama sebenarnya, Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan hilang sejak November, tahun lalu.
Ia susulan polis menerima laporan anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.
Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya baca dan tengok gambar dengan Ras Adiba tu.
Moga ketemu acik Zalina dlm keadaan yg baik. Aamin |
|
|
|
|
|
|
|
ala kesiannya. sedih pulak. semoga yang baik-baik untuk sheols |
|
|
|
|
|
|
|
tu laa lambat sgt buat report psl kehilangan dia.. harap selamat n baik2 jela hendakNya |
|
|
|
|
|
|
|
Oh dia duduk seorang lah ni bukan dengan anak dia.
Lamanya hilang. Agaknya sebelum ni order makanan online je kot tu yang tak jumpa2 dah berapa bulan.
Misterinya kelakuan dia kat kedai tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain betul muka dia dlm gambar tu.. Mmg nmpk mcm sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 20-7-2022 11:20 AM
30 tahun aku tertipu
Tertipu apa plak tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Entah kat mane lah dia tinggal selama berbulan ni, mungkin tumpang sewa bilik ke And camne dia ada duit beli mknn minum ..sedangkan report kad bank semua tu x terusik. And pemilik cafe tu bagitau baru ahad zalina masuk cafe dia dlm keadaan yg x terurus dan ketakutan kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Berbeza sgt keadaan die skrg
Moga dijumpai dgn selamat ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Harta duit byk, rumah banglow semua tu dia beli atas nama dia baru bbrp thn lps jer.
Suddenly hilang ingatan ker atau mmg dh ada penyakit tu lama and skg getting worst.
Kat area shah alam tu try cari kat rumah Kedai sbb tmpt2 selalu pelarian menyorok. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrg orang panggil filter.
ternyata dalam dunia glamour benda ni dah lama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 20-7-2022 12:06 PM
zaman skrg orang panggil filter.
ternyata dalam dunia glamour benda ni dah lama.
Laaa..dia kan dah tua...tentula x lawa dah di makan usia...filter pun kalau tua atau muka buruk tetap nampak buruk...tapi dia ni muka dimakan usia..
Sesuaila umur 58 |
|
|
|
|
|
|
| |
|