CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 909|Reply: 1

Bukan Kelantan Lah, Kejadian Simbah Air Panas Pada Suami Berlaku Di Bolivia

[Copy link]
Post time 20-7-2022 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Kejadian isteri menyimbah air panas ke atas suaminya bukan berlaku di Pasir Puteh, Kelantan sebagaimana yang tular di media sosial pada Selasa.


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di negara Bolivia berdasarkan artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan pada 5 Julai lalu.








"Kami telah terkesan dengan satu hantaran berkaitan satu pautan akhbar yang dimuat naik dalam Facebook Pasir Puteh Kini bertajuk 'Isteri simbah air panas kerana suami mimpi wanita lain'.


"autan akhbar berkenaan telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial yang beranggapan kejadian tersebut berlaku di Pasir Puteh," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Menurutnya, hasil semakan terkini mendapati hantaran tersebut telah dipadam oleh pemilik akaun setelah menerima teguran daripada beberapa warganet di dalam ruangan komen.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita-berita palsu dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat yang diragui kesahihannya, kerana tindakan tegas boleh diambil bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 11:48 PM | Show all posts
kenalah dgn slogan our clan bath naked kenal bare sek kito jagn pecah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.222839 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list