Sumber IG
Entah harus berapa kali lagi pelawak yang sedang meningkat naik ini perlu jelaskan kepada peminat komedi tanah air bahawa kekurangannya itu sama sekali tidak pernah dia jadikan sebagai 'senjata' ketika menyampaikan sebuah cerita jenaka.
Menerusi temubual Noor Shashic lewan, 31, bersama mStar, masalah gagap yang dialaminya itu mungkin dianggap kelemahan bagi sesetengah pihak namun bagi pemuda itu, ia adalah kekuatan yang ada pada dirinya.
Shashic menegaskan, dia sendiri punya 'punchline' tersendiri ketika beraksi di atas pentas dan tidak menjadikan kegagapannya itu sebagai bahan lawak semata-mata tanpa sebarang pengisian.
"Dia senang cerita macam ni, saya bukan gunakan gagap sebagai 'senjata', saya pun ada punchline.
"Lawak gagap ni bukan saya rancang tapi orang dah terhibur nak baut macma mana. Mungkin itu rezeki saya yang Allah bagi.
"Kalau nak ikutkan saya dulu tak gagap seteruk sekarang pun orang tak gelak juga. Mungkin Allah uji saya," katanya kepada mStar.
Menjadikan kedua ibu bapa sebagai pemangkin semangat, Shashic kini tidak lagi menghiraukan mana-mana hinaan yang dilemparkan kepadanya.
Katanya, dia sedar tidak dapat melepaskan diri daripada menjadi mangsa kecaman mahupun komen negatif.
"Saya okay. Mungkin mereka yang komen menggunakan fake account tu rasa tak berdosa pun. Tapi, tidak mengapalah. Memang itu asam garam dalam kehidupan. Saya reda," katanya.
Dalam perkembangan baharu, Shashic bergabung dengan Nizam Jentik-Jentik dan pelakon Roy Azman membentuk kumpulan Bahroy sebagai peserta program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga. - CARI
|