CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tahan empat keldai akaun

[Copy link]
Post time 19-7-2022 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan empat keldai akaun
| | 19 Julai 2022




Empat lelaki ditahan dipercayai dijadikan ‘keldai akaun’ oleh sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam dalam serbuan di Pulau Pinang serta Perak, pada Isnin.


BALIK PULAU - Polis menahan empat lelaki dipercayai dijadikan ‘keldai akaun’ oleh sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam, dalam siri serbuan di Pulau Pinang serta Perak, pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, semua empat lelaki berusia 25 hingga 48 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya, hasil risikan dan intipan yang dijalankan sejak seminggu lepas.


"Dua daripada empat lelaki itu ditahan di Batu Maung dan Bukit Mertajam, dekat sini manakala dua lagi suspek ditangkap di Taiping dan Bagan Serai, di Perak.


"Berdasarkan siasatan awal, jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa membabitkan empat lelaki itu antara RM13,000 hingga RM400,000 dalam kes yang dilaporkan sejak 2019 hingga tahun ini," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Katanya empat lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis sedang mengesan seorang saksi dikenali sebagai Azhim Md Ibrahim, 39, beralamat di 346 C, Jalan Madrasah di Jelutong untuk perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi George Town, di sini esok.


Beliau berkata, lelaki itu dikehendaki hadir sebagai saksi untuk kes perbicaraan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sesiapa yang mengenali dan mengetahui keberadaan lelaki tersebut diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Nur Hasanah Jamil menerusi nombor telefon 019-3660848 bagi membantu pihak polis. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -empat-keldai-akaun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.065961 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list