CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Pulau Pinang] Industri pelancongan Pulau Pinang kembali rancak

[Copy link]
Post time 19-7-2022 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Industri pelancongan Pulau Pinang kembali rancak
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 19 Julai 2022




Soon Hin (tiga dari kanan) menunjukkan kad bertulis peningkatkan jumlah penumpang dan penerbangan yang masuk ke LTAPP selepas sidang akhbar pada Selasa.


BAYAN LEPAS - Jumlah penerbangan terus antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) meningkat daripada 12 penerbangan mingguan pada Januari kepada 106 penerbangan pada Julai tahun ini.


Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin berkata, peningkatan 783 peratus jumlah penerbangan itu direkodkan selepas pintu sempadan negara dibuka pada 1 April lalu.


Menurutnya, jumlah penumpang antarabangsa yang tiba di LTAPP juga meningkat daripada 1,453 pada Januari kepada 58,553 pada Jun.


"Statistik ini jelas menunjukkan bahawa Pulau Pinang kekal sebagai salah satu destinasi pilihan yang dipilih oleh pelancong antarabangsa, sekali gus menjadikan Pulau Pinang mempunyai bilangan penerbangan terus antarabangsa tertinggi selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


"Bagaimanapun, kita tidak akan berpuas hati dengan jumlah ini dan kita akan meneruskan usaha untuk meletakkan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi pelancongan teratas di peringkat global," katanya pada sidang akhbar di LTAPP di sini pada Selasa.


Soon Hin berkata, jumlah penerbangan tiba dan berlepas daripada LTAPP adalah antara 26 hingga 30 ketika sebelum pandemik dahulu.


"Pada waktu ini, sebanyak 20 penerbangan tiba dan berlepas setiap hari termasuk penerbangan antarabangsa. Penerbangan paling banyak adalah dari Singapura iaitu 52 penerbangan setiap minggu, diikuti dari Medan, Indonesia dengan 21 penerbangan dan 17 dari Bangkok, Thailand.


"Banyak penerbangan adalah daripada Asia Tenggara dan kita sedang berbincang dengan syarikat penerbangan dari negara luar (dari Asia) seperti Hong Kong, India dan Timur Tengah untuk mengadakan penerbangan terus ke Pulau Pinang.


"Bagaimanapun, ia akan mengambil masa kerana banyak perkara yang perlu diambil kira antaranya masa penerbangan syarikat itu sendiri, selain perlu menjalankan penyelenggaraan kapal dengan teliti kerana lama tidak digunakan ketika Covid-19," katanya.


Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk membuka semula sempadan negara pada 1 April lalu susulan fasa peralihan ke endemik.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat bersandarkan tiga perkara iaitu fakta terkini Covid-19, keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.


Dalam pada itu, Soon Hin berkata, sejak lebih dua tahun lalu, Pejabat Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) telah bekerja keras bersama beberapa pihak, pemain industri termasuk Tourism Malaysia untuk mencari alternatif dalam merancakkan semula industri pelancongan di Pulau Pinang sejajar dengan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang 2021-2030.


"Ketika negara dilanda penularan wabak Covid-19, industri pelancongan amat terkesan apabila pintu sempadan negara ditutup untuk pelancong asing. Namun, PETACE dengan kerjasama banyak pihak, kita berusaha untuk merancakkan semula industri ini.


"Ia bagi menyuntik dorongan baharu kepada industri dan melonjakkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan melalui pembangunan pelancongan yang mampan.


"Walaupun banyak kempen dan inisiatif disediakan untuk meningkatkan pelancongan domestik, kita juga telah mengambil langkah untuk menghidupkan semula strategi pemasaran yang memenuhi pasaran antarabangsa sejak 2020," katanya.


Soon Hin berkata, pelbagai kempen pengiklanan global telah dilaksanakan dalam menarik minat pelancong asing berkunjung ke Pulau Pinang.


"Kita juga sedang melaksanakan pameran pelancongan maya yang menawarkan perkhidmatan pelancongan kepada pelancong dari rantau Asia, Eropah, Timur Tengah, Mediterranean dan Oceania.


"Pesona Pulau Pinang turut dibawa ke Dubai World Expo, malah penyertaan dalam pameran perdagangan luar negara seperti Pasaran Pelancongan Arab di Dubai, jerayawara pelancongan Malaysia di Korea dan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia di Surabaya telah meningkatkan nama Pulau Pinang di peringkat global dengan berkesan,'' katanya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... nang-kembali-rancak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.233060 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list