CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Pulau Pinang] Merempit susahkan orang lain dan perbuatan dosa

[Copy link]
Post time 19-7-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode

DR. WAN SALIM WAN MOHD. NOOR


GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menegaskan, kegiatan merempit dilarang di dalam syariat Islam dan merupakan satu perbuatan dosa.

Wan Salim berkata, kegiatan merempit adalah menyusahkan orang ramai kerana mengganggu pengguna jalan raya lain selain membahayakan diri sendiri serta orang lain.

“Jalan raya adalah milik umum dan bukan hak mana-mana individu, maka semua pihak hendaklah mengikut undang-undang dan peraturan lalu lintas yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Awal pagi kelmarin, empat penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, tiga lagi mangsa parah dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang dan polis mengesyaki kesemua mereka dipercayai terlibat dalam aktiviti lumba haram.

Menurut Wan Salim, pihaknya amat kesal, kecewa dan sedih apabila mendapati kemalangan jalan raya di negara ini semakin meningkat dengan ketara.

”Banyak nyawa manusia terkorban dan ramai pula yang cedera parah dan ada yang hilang keupayaan kekal sepanjang hayat.

”Dilihat daripada perspektif agama Islam, setiap warganegara adalah wajib mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang ditetapkan oleh pihak pemerintah,” katanya.

Tambahnya, Islam juga mewajibkan umatnya memelihara nyawa sebagai salah satu matlamat utama di dalam maqasid syariah, malah Islam menegah seseorang Muslim daripada memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

Dalam pada itu kata beliau, memandangkan semakin kerap berlaku kemalangan jalan raya disebabkan kegiatan rempit, maka sudah sampai masanya pihak berkuasa menyemak semula undang-undang dan peraturan lalu lintas sedia ada untuk memperketatkan lagi syarat-syarat pengeluaran lesen memandu.

“Had umur untuk kelayakan memandu juga mungkin perlu ditingkatkan. Di samping itu denda bagi kesalahan lalu lintas juga perlu ditambah agar para pengguna lebih berhati-hati memandu kenderaan masing-masing.

”Kita juga mengharapkan ibu bapa dan para pemimpin masyarakat saling memainkan peranan menasihati anak-anak muda supaya mengelakkan diri daripada kegiatan rempit yang sia-sia dan merbahaya,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... dan-perbuatan-dosa/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.230453 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list