CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1478|Reply: 8

Ke Longkang Perginya Bila Cikgu Pergi Tandas, Biar Pelajar Memandu Sendiri

[Copy link]
Post time 19-7-2022 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan, segelintir pelajar pasti gementar dan ketar lutut ketika pertama kali belajar memandu.


Dalam masa sama, segelintir guru kelas memandu beranggapan bahawa kebanyakan pelajar sudah pun mengetahui asas memandu hingga ada yang berasa yakin untuk meninggalkan pelajar memandu sendirian.








Itulah yang berlaku dalam perkongsian di TikTok oleh Irfan Hakim apabila kereta digunakan untuk belajar memandu remuk di bahagian hadapan akibat kemalangan di litar latihan memandu.


Menceritakan lebih terperinci, difahamkan guru memandu tersebut meninggalkan pelajar bersama kereta bersendirian kerana mahu pergi ke tandas.




TikTok




Sebaik keluar dari tandas, guru berkenaan terperanjat kereta yang ditinggalkan tadi telah masuk ke longkang.


Susulan kejadian, cikgu memandu itu disaman kerana membiarkan pelajar tanpa pemantauan dan difahamkan penyebab kemalangan adalah kerana pelajar tertekan pedal minyak sejauh 70 meter semasa melakukan latihan ‘zigzag’.







Ada ke antara pembaca terlibat kemalangan ketika kelas memandu?




Sumber: BeautifulNara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 03:00 PM | Show all posts
teruk jugak keadaan kereta tu
mesti trauma dah nak belajar memandu lepas ni
err student perempuan ke lelaki ni ?
klu perempuan faham lah mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:21 PM | Show all posts
sebab tu la i tak setuju amik lesen auto ni..
biar je guna manual..
kereta manual, selagi tak pandai main clutch, selagi tu la kau tak jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 08:24 PM | Show all posts
First day memang terus kena drive dari rumah ke driving school. Konfiden je cikgu, tapi yela manual kan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila cikgu ke toilet, tak boleh ke suh student tu matikan engine kereta dulu..kan dah accident..
Student terlebih excited agaknya bawa kereta
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:42 AM | Show all posts
kalau aku dalam keta tu logically
tak mahir aku takkan bawak tanpa pengawasan
walaupun cikgu salah gak tinggalkan orang tak mahir gitu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2022 11:40 AM | Show all posts
cikgu mandu aku dulu garang, bising, suka bebel, dia bebel daku lawan dia bebel daku lawan

satu hari bawak kereta, dia senyap je. kembang dah hidong, jarang tak kene bebel. dah berkilometer daku bawak, intai sikit kiri. dia tidur. berani mati dia tinggal nyawa dia kat aku
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 12:38 PM | Show all posts
Beraninya biarkan yang belum cekap belajar sendiri mana tak mengundang kecelakaan.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 01:24 PM | Show all posts
Time aku langgar batu tepi jalan, nak parking tepi tapi cikgu aku pegang stereng aku cam tunjuk pandai.  Aku tengok memang kena ni, dia konfiden tinggi haa amik terjungkit keta kancil. Pastu salahkan aku. Dah ramai2 tolong angkat kancil. Lagi satu, aku tengah drive jalan cikgu aku cakap nak tido jap. Bukan nak tengok aku drive ke.. saje aku brek emergency. Padan muka terkejut dia. Orang bayar gaji utk keje bukan membuta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.348690 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list