CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4773|Reply: 67

"Masjid Tak Perlu Tiket Pun, Kenapa Tak Teruja?"-Ustaz Ahmad Dusuki Pelik Ramai Kecewa Tak Dapat Beli Tiket Konsert Dewa 19

[Copy link]
Post time 19-7-2022 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Tiket Konsert 30 Years of Dewa 19 dikatakan habis dijual tidak sampai sejam selepas jualan tiket dibuka membuatkan ramai peminat kecewa


Ramai meluahkan kekecewaan kerana tidak sempat membeli tiket kumpulan ikonik tersebut meskipun sudah menunggu sebelum jam 11 pagi.





Susulan itu penceramah agama Ustaz Ahmad Dusuki meluahkan kekecewaannya mengenai sikap segelintir peminat yang teruja untuk menyertai konsert Dewa 19 nanti.


Di Facebook, beliau mengatakan ramai teruja sebaik sahaja kumpulan berkenaan mengumumkan bakal mengadakan konsert di Malaysia sehinggakan tiket laris dijual.


Ustaz Ahmad Dusuki, Foto: FB




Beliau juga turut mempersoalkan sebab warganet teruja untuk mendapatkan sesuatu tiket berbayar sedangkan majlis ilmu keagamaan dan tazkirah yang percuma dibiarkan sunyi sepi dan tidak teruja untuk hadir.


“Mengapa tiket sold out? Sebab teruja, kan? Gemerlapan dunia. Masjid tak perlu tiket pun! Majlis ilmu dan tazkirah, itu jalan syurga, tak perlu bayar pun tapi mengapa kita tak teruja? Sebab akhirat itu jauh?”tulisnya.










Dalam masa yang sama, Ustaz Ahmad Dusuki berpesan kepada semua agar beringat dan bersiap siaga mengenai akhirat kelak.


“Kita dan akhirat senipis kulit bawang sahaja, bersiaplah..”titipnya lagi kepada warganet.





Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet. Ada yang bersetuju dengannya, namun ada juga mengatakan tidak salah untuk pergi ke konsert tersebut dengan mengatakan bukan setiap hari mereka berhibur. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ker bukan setiap hari berhibur?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:23 PM | Show all posts
apalah yg dorang kecoh sgt x dpt tiket dewa 19 smpikan kakak ipar aku  pun tanya aku ada tiket lebih ke dia  sanggup beli lagi mahal dari harga asal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
"kenapa nak pegi konsert,  baik pergi masjid"
"Kenapa nak pergi london,  baik pergi mekah"
"Kenapa nak beli handbag baru, baik sedekah dkt anak yatim"

Org mcm ni kita panggil joy killer. Selagi xkacau duit kita,peduli apa dia nak guna duit tu utk apapun. Lobai pun kalau duit lebih, diorang guna utk beli mecedis @ kawin lg satu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:14 PM | Show all posts
nikaido replied at 19-7-2022 01:30 PM
"kenapa nak pegi konsert,  baik pergi masjid"
"Kenapa nak pergi london,  baik pergi mekah"
"Kenapa n ...

nanti dia kata kawin lagi tu sunah...

cara dakwah spt ini kaitkan dengan kegembiraan suatu aktiviti memang buat orang turn off, nanti orang ingat tak boleh nak gembira pulak... tak ker semakin jauh



Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih ingatkan tapi kenapa kena keluar statement gitu ye, kita bukan tau pun amalan org, mcm lah yg pergi konsert tu tak jejak masjid, tak pergi majlis agama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 19-7-2022 01:23 PM
apalah yg dorang kecoh sgt x dpt tiket dewa 19 smpikan kakak ipar aku  pun tanya aku ada tiket lebih ...

pukul 3 ni ada lg, dorang buat 1mlm lg suruh kak ipar masuk line que
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:25 PM | Show all posts
yang pelik bila konsert artis luar, keluar la mcm2 bunyi kan..
cuba kalau konsert artis sini sendiri.. diam-diam saja
bukan kah sama saja tu concert?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 02:27 PM | Show all posts
dewa 19 konsert..klu dapat duk depan sekali syok la jugaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mooverine replied at 19-7-2022 06:25 AM
yang pelik bila konsert artis luar, keluar la mcm2 bunyi kan..
cuba kalau konsert artis sini sendiri ...

Eh kan sister? Ni bulan November ni Siti Nurhaliza Malaysia's sawit heart nak buat konsert. Nak juga dengar setaz setazah bicara tentang tengok konsert bercampur gaul jantan betina bukan mahram haram etc.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:38 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 19-7-2022 02:34 PM
Eh kan sister? Ni bulan November ni Siti Nurhaliza Malaysia's sawit heart nak buat konsert. Nak ju ...

Takut lah tu... nanti artis itu kempen untuk boikot penceramah sekian sekian kerana suka penutup periuk nasik orang lainc
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:40 PM | Show all posts
nikaido replied at 19-7-2022 05:30 AM
"kenapa nak pegi konsert,  baik pergi masjid"
"Kenapa nak pergi london,  baik pergi mekah"
"Kenapa n ...

win statement
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:44 PM | Show all posts
nikaido: "kenapa nak pegi konsert,  baik pergi masjid""Kenapa nak pergi london,  baik pergi mekah""Kenapa nak beli handbag baru, baik sedekah dkt anak yatim"Or ...


Betoi cuollss.. org yg sejenis joy killer ni hati dia penuh dengan hasad dengki khianat khuenz

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan bila Pas dah jadi kjaan dah takde dah konsert2 lagha sebeginih ..rupa2nya makin meriah pulak ya..BlackPink,Justin Biber semua ado nk datg wat konsert kat Msia
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mandai je tuduh org pegi konsert tu akhirat makin jauh. yelaa ko jela terpaling express masuk syurga. dah jadi kerajaan pun bodo.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 19-7-2022 06:40 AM
kadang kadang gi dengar ceramah agama ni boring.
sebab kaedah penyampaian tak ikut teknologi semasa ...

Aku pernah dengar ceramah agama kat mesjid ni ya ampun asyik mengutuk kapir mengutuk Yahudi yang mencemburui ummah ja dari awal sampai habis. Tak tau la teks tu memang dari jabatan agama Islam negeri atau penceramah tu sundri (merangkap ex kelig aku. Dia memang ustaz. ) sukati tambah elemen2 penyedap rasa dia dalam ceramah tu. Herlok lagi ceramah kat surau dekat kampung laki aku. Tak pernah lagi aku dengar ceramah kutuk mengutuk di situ. Tapi memang penyampaian bosan la. Ye la. Ko masuk gereja pun boleh tidur kot dengan Father berkutbah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 19-7-2022 02:40 PM
kadang kadang gi dengar ceramah agama ni boring.
sebab kaedah penyampaian tak ikut teknologi semasa ...

hehe yg penting balance u, dunia akhirat, tapi jgn lah pukul rata mcm org ni confirm syurga org ni confirm neraka, sapa kita nak label gitu

dari org nak pergi majlis agama tgk ustaz ni menyindir terus rasa tak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 19-7-2022 01:30 PM
"kenapa nak pegi konsert,  baik pergi masjid"
"Kenapa nak pergi london,  baik pergi mekah"
"Kenapa n ...

Yezzaaaa...on point....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-7-2022 02:34 PM
Eh kan sister? Ni bulan November ni Siti Nurhaliza Malaysia's sawit heart nak buat konsert. Nak ju ...

Hahah... circle diaorang tu kaka....dpt tiket free ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ustaz Dusuki Petirman has spoken

Selalunya yang kena panah petir ni setan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.190190 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list