View: 2301|Reply: 29
|
"Dia Benar-Benar Ingin Melihat Anaknya," -Isteri Terkilan Suami Maut Nahas Motor Penang Tak Sempat Bagi Nama Anak Ketiga
[Copy link]
|
|
Hasrat tak kesampaian.
Begitulah kisahnya mengenai mangsa nahas motosikal Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi yang tidak sempat menatap wajah anak ketiganya.
Lelaki berusia 25 tahun itu maut dalam kemalangan motosikal berkelajuan tinggi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Ahad, yang turut menyaksikan tiga yang lain maut.
Menurut Norhanazielah Hanazi, 28, yang dijangka bersalin minggu depan, Muhamad Eizreel menghantar mesej kepada untuk bertanyakan tentang keadaan dia dan dua anak perempuan mereka pada jam 2 pagi Ahad.
Panggilan seterusnya yang dia terima adalah daripada rakannya, memberitahunya tentang kemalangan melibatkan suaminya.
Foto: mStar Online
“Saya sedang menghitung hari untuk melahirkan anak ketiga pada 27 Julai.
“Tiga hari lalu, saya juga bertanya sama ada dia telah memilih nama untuk bayi lelaki itu. Dia berkata dia hanya akan membuat keputusan kemudian.
"Dia benar-benar ingin melihat anaknya," kata Norhanazielah, yang mempunyai dua anak perempuan berusia empat dan lapan tahun.
Dia bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.
“Kedua-dua anak saya mula menangis apabila diberitahu bapa mereka telah meninggal dunia,” katanya.
Muhamad Eizreel, Muhammad Shazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, maut dalam kemalangan pada awal pagi Ahad.
Mangsa keempat, Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17, meninggal dunia di hospital kemudian.
Tiga lagi – Mohd Haziq Harris, 34; Muhammad Rahimi Shukor, 19; dan Muhammad Shazwan Hafiz Mohd Abdul Sani, 22 – cedera dan kini berada di Hospital Pulau Pinang.
Mereka dipercayai antara ratusan penunggang motosikal yang kerap berkumpul untuk berluma haram di lebuh raya itu kira-kira jam 4 pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata seorang daripada tiga mangsa di hospital itu masih kritikal manakala yang lain dalam keadaan stabil.
Soffian berkata beberapa penunggang motosikal disyaki terlibat dalam perlumbaan haram.
Dipercayai ada antara mereka hilang kawalan lalu merempuh antara satu sama lain.
Dua kereta turut dirempuh dari belakang oleh penunggang motosikal yang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.
Kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. -CARI
Sumber: mStar/ The Star |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak husnuzon kat si mati sebab dia antara pelumba haram reramai malam tu..memang sengaja menempah maut..kalau pun dia selamat malam tu, kemungkinan besar dia akan merempit lagi kendian hari plus menyusahkan orang ramai..so no al-fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Ape jenis bapa yg da ade anak masih nk hidup mcm org bujang? Pkl 2 pagi masih lepak dgn kwn2. |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn bini tgh sarat mengandung tunggu hari nk bersalin pun lakinya takleh nk duduk rumah diam2? Tlg la ajar anak2 laki ni jadi lelaki dulu b4 kawin. Bkn kawin sbb nafsu jah |
|
|
|
|
|
|
|
biasa ank lelaki yg berpeleseran kt luar mlm2 tk balik, naik moto bagai smpai pagi ni, jenis anak manja
tak penah kene pelempang dgn mak pak, mak pak tkut ngn anak
aku klu sentuh kunci moto sblum dpt lesen, mmg kene hambat la ngn parents
tarak berani punya
oleh itu, mak pak disni sekelian, silala bagi hadiah pelempang kt anak masing2 yg perangai ke arah cmtu..
|
|
|
|
|
|
|
|
duduk rumah sendiri atau rumah kebajikan yang kata tak seronok duduk rumah tu
sekarang tak duduk rumah sampai bila2
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai bersepai la moto tu sume
kalau iols dok diam2 je xyah kuarkan apa2 stetmen. satu malaysia dok kutok maki arwah, gigih lagi nak buat cerita sedih siap tepek pic anak plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah, ada 1 orang awam yang meninggal sebab kebetulan dekat sana, dia nak tolong orang yang accident tu. Tapi tak sure yang ni ke yang lain. Grab atau foodpanda katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kesian ke tak? Tok laki kalu dah kawen buat cara kawen lagi mau mmerempit apooo.. so takziah je lah |
|
|
|
|
|
|
|
DaisyD replied at 19-7-2022 02:27 PM
Tak salah, ada 1 orang awam yang meninggal sebab kebetulan dekat sana, dia nak tolong orang yang acc ...
Katanya yg ini ..
tp bini pun x ckp apa2 pun .. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki kau jantan tak guna kak. Dah nak jadi bapak kali ke 3 pun, masih nak merempit jadi sampah jalan raya. Dah selamat cium tanah pun.
Untuk ko, kak. SILALAH CARI LAKI YG ELOK LEPAS NI!!! Jgn masih mengamalkan konsep asal belaki. Anak ko dah 3 kak. Umur 28. Cuba cari yg berjenis sikit. Jgn gatal nak belaki muda tak puas enjoy, mcm lakikau yg baru cium tanah tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesian anak2 sudahnyaa. pls laa jaga anak tu leklok dah ayah nya takde ni. knowing laki kawen muda ni darah tgh panas n x puas enjoy. takot anak xcukup kasih syg plak. kang anak plak yg memberontak |
|
|
|
|
|
|
|
mcm colleage lama aku...
suaminya sibuk main beskal.. nak beli brg dapur kdg2 berpesan2 menumpang sana sini sbb bini xreti bawak kereta.. anak yg bawak kereta masa tu kat kolej jauh dari umah.. dia backup suami dia kata mmg hobi suami dia.. every weekend.. hari keje mmg dah keje sbb keje drebar so idok la nak beli brg..
penting ya hobi berbasikal biar dapor kosong sekali utk anak bini |
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia: mcm colleage lama aku...suaminya sibuk main beskal.. nak beli brg dapur kdg2 berpesan2 menumpang sana sini sbb bini xreti bawak kereta.. anak yg bawak ...
hobi lagi penting ye dop… bangang abadi laki camni… cam kes mat rempit ni, acah2 concern anak sampai sambil merempit pagi2 buta sambil message tanya anak… bodoh… dah tau ada anak, duduk ontok2 dalam rumah tu… dah la ngan bini tunggu masa nak bersalin…
|
|
|
|
|
|
|
|
DaisyD replied at 19-7-2022 02:27 PM
Tak salah, ada 1 orang awam yang meninggal sebab kebetulan dekat sana, dia nak tolong orang yang acc ...
Katanya yg ni uols. Cuma ada yg pelik sbb grab kan xkn pukul 3pg masih on? Family pon x ckp betul ke x. N yg ni yg katanya pakai vest oren nk tlg kt situ tp jd mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 19-7-2022 02:54 PM
Laki kau jantan tak guna kak. Dah nak jadi bapak kali ke 3 pun, masih nak merempit jadi sampah jalan ...
Ada ke lelaki yg elok yg nk terima janda ank 3? Melainkan hot stuff? |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 19-7-2022 01:20 PM
susah nak husnuzon kat si mati sebab dia antara pelumba haram reramai malam tu..memang sengaja menem ...
Aii baca kawan2 dia kata dia geng runner bengkel yg tolong 1st accident sebelum kena langgaq dgn org yg race. Dia & 2 org kawan runner dia 3 org meninggal..xtau mana satu betoi..
Tapi ikut logic akal ada ka runner bengkel standby kat racing Haram pukoi2-3pagi |
|
|
|
|
|
|
|
Lepasni jgn cari mat rempit lagi tau |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm anak dah nak masuk 3 pun nak berempit lagi.. innalillah |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 19-7-2022 07:43 PM
Aii baca kawan2 dia kata dia geng runner bengkel yg tolong 1st accident sebelum kena langgaq dgn o ...
Mungkin runner bengkel yang berkaitan rempit.depa ada port bengkel sendiri,bukan guna pomen biasa2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|