CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8253|Reply: 36

Bekas PA Tipu Konon Nak Kahwinkan Dengan Abang Rupanya Dengan Bekas Suaminya-Mak Wan Latah

[Copy link]
Post time 19-7-2022 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Dihimpit satu demi satu kontroversi, pelakon, Halimatussa’diah Mohd Daud atau Mak Wan Latah tampil membuat pendedahan berkaitan bekas pembantu peribadinya, Amell.


Menurut Mak Wan, Amell sebelum ini kononnya pernah merancang untuk memperkenalkan dia dengan seorang individu yang didakwa Amell sebagai abang kandungnya sendiri.


Dakwanya, wanita tersebut telah memindahkan sejumlah wang dari akaun bank pelakon itu dengan alasan untuk mengahwinkannya dengan individu terbabit.








“Kononnya dia nak kahwinkan saya dengan abangnya. Padahal, individu yang dikatakan sebagai abangnya itu sebenarnya bekas suaminya. Yang katanya juga seorang pegawai polis berpangkat inspektor di Langkap, Perak.


“Saya dapat tahu kebenaran dari rakan-rakannya di kampung serta ibunya sendiri. Mereka yang memberitahu saya. Rupanya, dua nombor yang digunakan individu yang didakwa sebagai abangnya itu adalah lakonannya sahaja,” katanya.


Mak Wan berkata demikian usai sidang media teater Dara dan Mak Cik Bawang bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur semalam.


Mak Wan sebelum ini berdepan pelbagai tohmahan apabila bekas suaminya mendedahkan pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 itu mempunyai akhlak yang tidak baik.


Pendedahan itu disusuli dengan pendedahan lain dibuat seorang wanita di laman Twitter yang mendakwa Mak Wan melakukan sihir kepada neneknya kerana cemburu.


Tidak lama selepas itu, tular sebuah video yang merakam gelagat Mak Wan berkaraoke dalam tempoh edah.


Terbaharu, bekas pembantu peribadinya pula tampil mendedahkan perbuatan syirik pelakon itu menerusi beberapa video yang tular dalam aplikasi TikTok.


Pada masa yang sama, Mak Wan juga mendakwa kali terakhir Amell dikenal pasti melakukan pengeluaran wang dari akaunnya adalah sekitar Jun lalu.


“Memang kad (bank) saya ada pada dia. Kali terakhir dia ambil duit saya adalah pada 22 Jun 2022 sebanyak RM1500 dengan RM500.


“Bila bayaran (lakonan) masuk ke dalam akaun saya, dia sarankan saya masukkan bayaran itu ke dalam akaun bersama.


“Akaun itu adalah CIMB. Katanya Hong Leong Bank. Tapi kenapa CIMB? Itu yang menjadi tanda tanya,” katanya lagi.


Dalam pada itu Mak Wan juga mengesahkan laporan telah dibuat dan pihak polis masih menyiasat perkara tersebut.


Selain itu, pelakon veteran itu memaklumkan dia berdepan semua ujian tersebut seorang diri tanpa ada sokongan rakan mahupun ahli keluarga sendiri.


“Cuma adalah seorang itu yang baik dengan saya, tapi dia duduk jauh. Dia banyak sokong, tenangkan saya bila jadi macam ini.


“Bila kata pertama itu benda tak betul, orang akan dengar yang pertama. Yang kita nak cakap ini tak betul dah. Macam itulah penerimaan dia orang.


“Sebab itu saya kata, biar saya diam sahaja daripada berkata-kata. Hati tak sakit, tak marah,” ujarnya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 10:50 AM | Show all posts
senang citer xyah kawin lagi la mak wan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 10:52 AM | Show all posts
ehh letih laa dgr cite acik ni.. ckup2 laa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 10:53 AM | Show all posts
kesian jugak. PA nye pon sesuatu gak.. tp klu btol makwan guna sihir bagai tu hope cepat2 la bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 11:01 AM | Show all posts
kalau betul beliau guna sihir, napa la tak sihir vvip je kawin dengan dia..
dah tentu boleh hidup senang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang gila adalah untuk orang yang lagi satu gila.
Makwan pun sibuk nak berlaki dari dulu ke?
cari lah PA yang ada hotak sikit, ni budak ceruk mana entah diambik nya jadi PA. Siap berkongsi akaun lagi.
Si PA pun, makwan je kut .. eeeiii pilisssss la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2022 11:33 AM | Show all posts
lahai stop la highlight citer rentua nih...move on please reporter
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 11:34 AM | Show all posts
gamak tipu orang tua. tapi ada je jenis2 parasit cam amell tu
memula baik sampai bemati matian menolong
sudah2nya gaduh sampai kehujung nyawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 11:37 AM | Show all posts
Betul ke sheols sihir2? Kata da clarify tu watak dia dlm drama kan? Sheols ni da la kuat latah, kalut... leh meleret2 terbawak2 watak dalam scene kot..  kalau betul difitnah, kesian la weh.

Tringat dedulu penah la tengok acik ni time keje kawen kat kampong mane ntah. Melatah teruk kene usik, berpencak silat bagai cam menurun kuda kepang gitu. Sampai terkencing2 sheols. Malu sheols, walaupun pade orang lain anggap ianya hiburan semata2.

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 11:39 AM | Show all posts
Dan harap mak wan redho je la stay single toksah menggatal sgt nak belakik. Opportunists di mana2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa..kira makwan ni kne catfish la ye...dgn PA sendiri plak tu.
Tulah org kata buat baik berpada2..jgn serahkan semua urusan pd org lain lebih2 lg psl duit/harta.
Semoga dipermudahkan urusan makwan dan tertangkap nya si scammer catfish ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 12:04 PM | Show all posts
nak panggil Mak wan cam x smp hati sbb kaka pun dah kertu juga
plus minus klu panggil mak wan tu sungguh x sesuai walau beza umur belas tahun juga
tp nak kata kak wan lps ni berhati2lah bila deal dgn org yg br pertama kali jumpa
jgn percaya menonong aje, selidik dulu
xper klu xde kwn sgt just berbaik aje dgn crew produksi
klu betul kak wan ada involved dgn benda yg blh menyongsangkan aqidah hrp blk ke pangkal jln
minta ampun dan bertaubat
moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian. Hanguslah duit hantaran tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pening betul cerita ni ya, dah macam filem tamil
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:07 PM | Show all posts
tgok gaya mcm lurus je mak wan ni, semua  urusan PA yg handle..sygnya kena scam dgn PA sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:09 PM | Show all posts
dah hujung2 usia plak mcm2 dugaan... kesian sbb nmpk la sorg2.. fmily byk menjauh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Meleret2 cerita mak wan ni. Dah mcm2 kesah timbul. Stop aje laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk persoalan iolls atas artikel ni antaranya:
1. Kenapa kena transfer duit utk kawen tu? Smells like sindicate
2. Akaun bersama blh buat kalo xde hubungan kekeluargaan ya?
3. Xpaham psl statement cimb hong leong

Ni semua soalan serius hahahaha sape2 blh enlighten me x?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:29 PM | Show all posts
aku ni berbelah bagi nak caya kat mak wan ke kat belah sana tapi aku rasa mak wan ni kena tipu hidup2 sejak dia kenal atok kertu ex laki dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:42 PM | Show all posts
udah2 la tu MW oiii.. citer macam la ko nie bintanf filemmm...
wartawan pula btnya hal tu watpe.. boring la org tua nie.. xde citer lain ker..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.067013 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list