Sumber IG
Aktres, Emma Maembong menegaskan coklat keperangan adalah warna rambut asli, Shariq Gabriel sekali gus menepis dakwaan segelintir pihak yang menganggap pelakon itu melakukan rawatan kimia terhadap anaknya itu.
Menerusi laporan Gempak, kata Emma, ketika zaman remajanya pun dia memilik warna rambut seakan-akan sama seperti anaknya namun tidak lagi kelihatan kerana dia kerap mewarnakan rambutnya.
"Memang rambut dia nampak macam highlight kan? Saya tidak warnakannya tapi memang rambut anak saya sebegitu. Warna original.
"Kalau nak tahu, itulah warna rambut sebenar saya ketika kecil. Sebab warna rambut mama saya keperangan dan akhirnya dapat dekat Shariq. Jadi, dapat warna rambut ini dari mama saya.
"Saya dah meningkat usia jadi warna tu dah tiada. Tambahan pula saya selalu warnakan rambut dan touch up uban. Jadi, dah tak nampak warna rambut sebenar.
"Dulu pun orang ingat saya warnakan rambut tapi sebenarnya keturunan," katanya.
Mengulas mengenai sangkaan buruk umum, Emma sama sekali tidak ambil peduli dengan perkara itu.
"Saya tak kisah orang nak kata apa asalkan jangan benda negatif. Saya rasa tiada kesan apa pun. Bagi saya, kita jangan buat andaian terhadap sesuatu perkara tanpa tahu hal sebenar.
"Bila nampak warna macam highlight sikit mereka andaikan saya warna rambut anak. Nasib baik tak dapat warna rambut blonde, kalau tak... tak tahulah orang nak cakap apa pula," katanya lagi. - CARI
|