CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 132574|Reply: 1221

Bekas personaliti TV3, Zalina Azman hilang sejak November 2021

  [Copy link]
Post time 19-7-2022 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bekas personaliti TV3, Zalina Azman hilang sejak November #Alert #missingperson

Shah Alam: Polis sedang mencari bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

"Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.

"Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

"Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

"Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu Mohd Iqbal berkata, hari ini pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.

Di dalam maklumat hebahan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.
#oranghilang
#sharingiscaring
#Alert

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
 Author| Post time 19-7-2022 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu btl..ilang sejak November,tapi baru skrg published kat public...Zalina nih English dia berhabuk....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalilahiwainnalillahirojiun semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama betul dah hilangnya. Very disturbing, can’t imagine mcm mana anak2 dia risau.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca jugak berita tentang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sungguh...xle byg cemana kacau bilau hati family members.. .berbulan2 dh ni. Mungkin ke dia ada dementia...merayau2 tak ingat jln pulang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2022 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak tengok Gamba hasben n anak2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah, kesian keluarga. Worried sick. Lama tu hilang. Patutnya awal Dec tu boleh viral kan. Tapi yelah kan mesti ada reason kenapa tak nak hebahkan.
Kalau baca article, barang peribadi semua tak hilang kecuali phone je takda mentioned. Maknanya bukan kes rompakan pecah rumahlah.

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 19-7-2022 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia duk sorang je ke kt rumah?? Bibik tak ada sedar ke bila masa sheols menghilang...semoga segera ditemui dlm keadaan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia besar mana.. dia duduk sorang ke.. lama tu hilang tanpa jejak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
tasha replied at 18-7-2022 05:32 PM
Dia duk sorang je ke kt rumah?? Bibik tak ada sedar ke bila masa sheols menghilang...semoga segera d ...

Aku baca article on fb , dia tinggal sorang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama tu since nov 2021 dah lebih 6 bulan tanpa berita. Motif apa? Tak rasa sheols keluar dan menghilangkan diri, takda cctv ke area tu. Kalau diculik takda yg call minta pampasan ke. I sense something bad tapi taknak cakap la kemungkinan tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal polis senyap kan? Media?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Personaliti tv3 dulu2 semua ada karisma n elegant. Yg sekarang ni nmpk downgrade betul. Semoga yg baik2 saja utk zalina azman
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatuu sgt ni. Hilang sejak nov. Mungkinkah ada isu dgn mantan2 suami? Mcm ada unsur2 jenayah je
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:39 AM From the mobile phone | Show all posts
I heard from my family she married someone yg related or known to royalty but not royal ...she was managing husband s project overseas...tapi dah lama tu ..polis kena siasat betul lah
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 19-7-2022 04:44 AM | Show all posts
Edited by BelovedTaeyeon at 19-7-2022 04:45 AM

dari laporan, dia memang tinggal sorang

aneh juga.

forensik polis dah sweep rumah tu?
no foulplay?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Why nothing mentioned abt her husband ex military lagi tu...quite well-known...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia mentally ok ke tak? Dia ni ke dulu dgn kinokuniya ke salah org?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:57 AM | Show all posts
semoga dipermudahkn urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.082894 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list