
Teraju utama Prebet Sapu, Amerul Affendi tidak kecewa walaupun gagal meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada malam kemuncak, Malaysia Globe Global Awards (MGGA) 2022 yang berlangsung di Istana Budaya, kelmarin.
Menerusi laporan Berita Harian, Amerul bangga dengan kejayaan Arif Shaik dan Asik Shaik, yang kedua-duanya berusia 10 tahun yang menyerlah dalam filem India berjudul Two Friends.
Pelakon lelak itu sudah menjangkakan bintang utama Two Friends akan merangkul anugerah tersebut.
Amerul (dua dari kiri) dan Muazzamer (tiga dari kiri) bersalam pelakon dan tenaga kreatif Prebet Sapu yang dinobatkan Lakon Layar Terbaik pada MGGA 2022
(Sumber Berita Harian)
"Apabila kanak-kanak berlakon, kita tahu kejujuran dan keikhlasan bukan sesuatu yang dibuat-buat. saya akui pengarah Two Friends menjalankan uji bakat betul dengan memilih dua pelakon terbabit.
"Jadi, apabila mereka dipilih masuk senarai lima calon teratas, saya sudah tahu tidak boleh lawan mereka. Bakat semual jadi adalah perkara yang perlu kita hargai.
"Dari zaman saya belajar, pensyarah ada menyatakan jika kanak-kanak berlakon, kejujuran mereka lebih menyerlah berbanding orang dewasa.
"Orang dewasa sudah lalui banyak perkara jadi mereka boleh menipu di hadapan kamera," kata pelakon lulusan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu.
Babak Dalam Two Friends
Kedua-dua pelakon kanak-kanank ini bagaimanapun tidak dapat hadir ke majlis anugerah tersebut kerana tidak mempunyai passport. -CARI
|