Sumber IG
Sekitar penghujung bulan lalu, pelakon Lufya Omar berkongsi keadaan dirinya yang cedera selepas bergelut dengan individu yang dipercayai cuba menculik anaknya.
Tampil membuat laporan polis mengenai insiden tersebut, pihak polis bagaimanapun masih menunggu kerjasama daripada wanita itu bagi siasatan lanjut kes tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan itu turut mengambil kira dakwaan Lufya dicederakan masih berjalan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
"Kami masih menunggu kerjasama daripada pengadu untuk tindakan lanjut siasatan kes ini, meskipun percakapannya sudah dirakam.
"Buat masa ini, tindakan sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian ini," katanya dalam satu sidang media pada Isnin.
Terdahulu, Lufya mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan rumah mereka di Kota Damansara.
Lufya bersyukur anak dan dirinya selamat walaupun mengalami kecederaan di muka didakwan dipukul menggunakan batang kayu.
Wanita itu membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Kota Damansara kira-kira jam 6 pagi pada 29 Jun. -CARI
|