CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6563|Reply: 108

Abang Maki Hamun, Putus Hubungan Saudara Sebab Adik Tak Nak Jadi Penjamin Kereta

[Copy link]
Post time 18-7-2022 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Tergamaknya seorang abang apabila bukan sahaja memaki hamun malah mahu memutuskan hubungan persaudaraan hanya kerana adiknya tidak mahu menjadi penjamin kereta.


Kisah itu dikongsikan oleh pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad menerusi mesej peribadi diterima beliau.


Berdasarkan mesej itu, individu itu bercerita abangnya meminta untuk menjadi penjamin bagi membeli kereta berikutan tiada lesen.




Foto: via Kosmo




“Saya memang tidak mahu menolong dia menjadi penjamin. Sekarang dia sudah maki hamun saya cakap adik-beradik sombong, tidak boleh tolong.


“Selepas itu, hendak putuskan hubungan adik-beradik. Bagaimana ya?,” ujarnya pada mesej tersebut bertanyakan pandangan berhubung tindakannya tidak mahu menjadi penjamin.


Sementara itu, Azizul pada hantarannya berkata, sekiranya terdapat tanda-tanda sehingga dimaki, tiada sebuah jaminan terhadap perkara tersebut.


“Apakah kita tidak boleh berfikir apa bakal terjadi? Apakah ada jaminan bahawa jika berhutang akan dapat kembali? Apakah kita yakin, jika ada masalah tidak bayar nanti akan diselesaikan dengan baik?


“Semua perkara dalam hidup ini ada tanda dan petandanya. Ia tidak berlaku dengan tiba-tiba maka, sayangi diri sendiri dahulu. Apakah kita kurang sangat kasih sayang hingga sanggup mengharapkan orang maki kita sayangi kita,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar menyesal dahulu daripada menyesal di kemudian hari.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:36 PM | Show all posts
Adik beradik sendiri pun kena tengok perangai dia la camna.. kalau ok aku ok je jadi guarantor tapi tengok berapa besar la loan dia dan kalau kerana keperluan dan tau dia mampu. Tapi kalau nak beli mercedes walaupun mampu dan mintak aku jadi guarantor sorry la.. maybe kalau setakat axia or myvi untuk keperluan boleh kot. Kalau kena game kat axia boleh recover.. tapi kalu merc atau personal loan sampai 100k koyak gak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:52 PM | Show all posts
bab duit memang akan boleh jadi sampai putus sillaturahim.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:55 PM | Show all posts
Jikalau diri sendiri pun tercungap cungap janganlah sampai memakai alat bantuan pernafasan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:56 PM | Show all posts
alaheiii belum apa2  dah memaki maki
dah sangkut tak bayar besok
harus pancung memancung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya cerita2 orang suma share sana sini adalah cerita yang dah ditambah banyak perasa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 04:04 PM | Show all posts
Kalau jenis maki2 ni senang cerita.

Yang susah jenis nangis2.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 04:07 PM | Show all posts
elok pon. kemudian hari kau plak yg merana sudahnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgkla keta apa..kalo setakat keta b40 boleh...jgn jamin beli audi plak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau putus hubungan saudara pun bukan masalah kau.. abang kau yg nak putuskan, kan? Ada perkara kau boleh bantu.. tapi ada perkara juga yg kau terpaksa keraskan hati. Jangan menyesal kemudian hari apatah lagi part duit, guarantor, dan yg sewaktu dgnnya. Lagi2 hanya sekadar menabur janji di mulut. Aku dah lalui benda2 camni.. sejumlah hutang puluh ribu yg belum mampu utk aku halalkan yg dipinjam olh drh daging sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 04:26 PM | Show all posts
xde lesen.. tp nak beli keta.. suruh di pi ambik lesen dulu.. dah dpt lesen br diskas blk.

ni dah lah xde lesen. guna nama org. esok2 jadi apa2, dah susah ko nak menjawab nak uruskannya dik. sib baik ko pandai lari dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia lagi kenal adik beradik sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau abang ada harta atau tanah. Suruh dia tukar nama adik buat sementara dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori. Part duit kena keras especially ngan adik bradik. Pinjam sana,jamin sini...hujung2 mak sendri ckp jgn bkira, sbb adikbradik..kira halal je laaa...ko ghase?????ko xjadi adik abg ko pn x rugi la dik oi!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 04:31 PM | Show all posts
kalau jenis mcm tu xpayah la,
aku dulu pernah kena mcm tu,nk minta  abg jd penjamin, xdilayan,
last2 abg aku yg lain bg aku sambung bayar kereta dia,
ok je aku sambung bayar sampai habis xde plak aku culas sbb aku berpegang pada amanah,
kalau org xpercaya biar je lah,kita usaha cara lain xperlu maki2,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
makcik ,adik sdri and adik ipar pnh minta tlg nk jd guarantor.sorg pn aku xtlg..nasib baik xkena maki..secure diri sdri dlu oi tkut nk percaya org skng wlupn adik bradik
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bijok tindakan adik tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 18-7-2022 03:55 PM
Jikalau diri sendiri pun tercungap cungap janganlah sampai memakai alat bantuan pernafasan

Khen.. sendiri tercungap tapi bagi tong oksigen kat orang.. tu tak bijak namanya..

Kalo kene ada penjamin tu maknanya tak mampoo la.. gaduh skang takpe jangan ko papa kedana kendian hari dek..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 07:02 PM | Show all posts
bulalof replied at 18-7-2022 03:52 PM
bab duit memang akan boleh jadi sampai putus sillaturahim.......

Klau iol punya kes plak, hri tu ada kwn nak pinjam duit, 2 kli tpi dua2 tu iol x bgi & skrg ni kwn ni mcm dh x nak brtgur sapa mcm awl2 lol. Psl duit, apa2 pun boleh runtuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.418621 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list