CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 0

Md Izzat juara Cub Prix Malaysia di Jempol

[Copy link]
Post time 18-7-2022 11:32 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing, Md Izzat Zaidi Md Salehan (tengah) meraikan kejayaan memenangi kategori CP150 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Jempol, hari ini. Tempat kedua menjadi milik pelumba Honda Yuzy Idemitsu, Azroy Anuar Hakeem (kiri) dan ketiga, Ahmad Afif Amran yang juga rakan sepasukan Md Izzat.- Foto ihsan Cub Prix.

KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing, Md Izzat Zaidi Md Salehan merekodkan kejuaraan pertamanya apabila menjuarai perlumbaan kategori CP150 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 di Litar Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

Dia yang bermula di petak pertama mendominasi saingan sejak awal sekali gus menjadi pelumba pertama tiba di garisan penamat dengan catatan masa 14 minit 48:244 saat (s).


Pemenang kategori CP125. - Foto ihsan Cub Prix

Tempat kedua menjadi milik pelumba Honda Yuzy Idemitsu, Azroy Anuar Hakeem manakala rakan sepasukan Izzat, Ahmad Afif Amran menamatkan saingan di kedudukan ketiga.


"Saya gembira kerana akhirnya berjaya mendapat tempat pertama di podium.

"Perlumbaan hari ini berjalan dengan baik, Afif banyak membantu dalam perlumbaan kali ini dan saya amat berterima kasih kepada dia dan pasukan saya untuk kemenangan ini," kata Izzat yang meraih tempat kedua di pusingan pertama musim ini.

Sementara itu, kategori CP125 pula menyaksikan pelumba ONEXOX TKKR Racing, Md Shafiq Rasol turut merekodkan kejuaraan pertamanya dengan catatan masa 11:48:421s.

"Sepanjang perlumbaan, saya cuba mengekalkan kedudukan saya dengan kelajuan yang konsisten. Saya cuba mengelakkan sebarang kesilapan dan akhirnya berjaya memenangi pusingan ini," katanya.


Pemenang kategori Wira. - Foto ihsan Cub Prix.

Pelumba YYPang Yamaha Racing, Md Adib Rosley menamatkan saingan di tempat kedua manakala seorang lagi pelumba ONEXOX TKKR Racing, Md Hafiza Rofa ketiga.

Saingan bagi kategori Wira KBS pula diungguli pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Danish Aiman Zamrul diikuti rakan sepasukan, Md Adam Haikal Jahar kedua dan Md Farish Iqmal Khayrul Elyas daripada pasukan Honda KC Racing ketiga.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -malaysia-di-jempol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057126 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list