CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1198|Reply: 2

Mengikut-Ikut Gaya Dan Cara Nyanyian, Wani Kayrie Dituduh Tiru Nikki Palikat

[Copy link]
Post time 18-7-2022 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Wani Kayrie, 22, menafikan dakwaan gosip mengatakan dia cuba 'mengikut' gaya penampilan dan cara nyanyian naib juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Nikki Palikat.


Wani berkata, dalam karier nyanyiannya dia menginspirasikan dua penghibur terkenal iaitu Agnes Monica dari Indonesia dan bintang antarabangsa, Beyonce yang mungkin ramai dalam kalangan peminatnya belum tahu.


Foto: IG




"Saya tak ikut kak Nikki pun, tapi saya tahu dia seorang penyanyi yang hebat. Saya pun dulu tahu dia pernah menyanyi sebab ada peluang bekerjasama dengan bekas suaminya, komposer Audi Mok yang menciptakan lagu saya dan kami juga pernah berjumpa di studio.


"Cuma, apabila dia (Nikki) aktif menyani semula selepas GV8, saya lihat wataknya di pentas agak agresif. Jadi, saya rasa macam mungkin satu, dia berdarah Sabah juga sebab orang Sabah memang suka 'perform'.




  



"Darah 'performer' itu memang ada dalam diri kami. Kalau boleh tengok, penyanyi dari Sabah yang 'perform' termasuk Stacy dan sebagainya. Jadi, saya rasa tak ada pun ikut sesiapa sebab mungkin itu hanyalah kerana kita punya persamaan bila suka 'perform' dan menyanyi," katanya kepada Harian Metro.


Wani berkata, apa yang dia tahu ialah ramai juga mengatakan dia dan Nikki seperti adik-beradik.




  



Namun, dia tak kisah dengan semua dakwaan diperkatakan itu kerana sedar ia lumrah sebagai insan seni.


"Saya okey saja dengan apa yang orang nak kata. Tapi, dakwaan mengatakan saya 'ikut' gaya penampilan dan cara nyanyian kak Nikki itu tidak benar sama sekali. Saya hanya kagum serta menginspirasikan Agnes dan Beyonce saja," katanya.




  



Baru-baru ini, timbul dalam satu forum gosip mendakwa gaya penampilan dan cara nyanyian Wani Kayrie lebih ke arah seperti 'mengikut-ikut' Nikki Palikat yang pernah popular dengan lagu Caramu pada 2006. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 12:23 PM | Show all posts
muka nak sama tpi nikki nampak lebih classy. dek wanie emmm tetappp desa
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 02:59 PM | Show all posts
kalau letak ko sebelah menyebelah memang sama muka dekkk..ibarat cam mak kawen muda dengan anak remaja..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 08:07 PM GMT+8 , Processed in 1.684318 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list